Home » » Wanita gemuk berjaya turun berat badan hampir 300 kilogram

Wanita gemuk berjaya turun berat badan hampir 300 kilogram

Pada 2008, seorang wanita yang mempunyai berat sebanyak 450 kilogram (kg), Mayra Rosale, menggemparkan dunia apabila terjatuh ke atas anak buahnya berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan.


Mayra Rosale
Dulu
Mayra Rosale
Sekarang

Beliau mendapat gelaran Half-Ton Killer atau pembunuh separuh tan sehingga didapati bersalah atas kesalahan berkenaan, namun kakaknya pula menerima hukuman kerana didapati mendera anaknya itu.

Proses kurangkan berat Selepas masa berlalu, Mayra kini dalam proses mengurangkan berat badan dan berjaya mencapai berat 180kg. Terbaru, dalam satu rancangan televisyen, Mayra berkata beliau kehilangan hampir 300kg.

Mayra mengamalkan diet tinggi protein dan rendah karbohidrat bagi mencapai sasaran menguruskan badan.




 
Chatroom