Home » » » Pelakon Zalif Sidek nak kurus,berusaha menguruskan badan

Pelakon Zalif Sidek nak kurus,berusaha menguruskan badan

Pelakon Zalif Sidek nak kurus

Pelakon Zalif Sidek selesa jika dirinya tidak diletakkan sebagai pelakon komedi semata-mata. Anak kelahiran Terengganu ini tidak mahu terikat sesuatu karakter atau genre saja, sebaliknya dia mahu jadi serba boleh.

"Selama di MIG pun, apa yang saya perjuangkan tidak langsung dinilai daripada saiz badan tetapi bakat. Saya sudah diberi peluang membawakan watak utama dan pembantu. Saya amat terhutang budi dan berterima kasih kepada MIG dengan kesempatan diberikan.

"Apa pun, saya tidak boleh selalu selesa dalam beberapa aspek terutama hal saiz badan. Saya sedar tak popular mana pun. Jauh lagi perjalanan saya dan banyak lagi perlu saya pelajari. Mungkin belum tuah dan rezeki saya lagi untuk lebih menyinar," katanya.

Menurut Zalif, rasa was-was sesetengah pihak terhadap `badan comel' sepertinya masih ada. Atas alasan itu juga Zalif perlu bersaing dengan pelakon yang dikatakan memiliki pakej istimewa termasuk mempunyai potongan badan menarik.

"Saya masih beranggapan faktor saiz badan masih dipandang sebagai isu oleh sesetengah pihak terutama di kaca TV. Tapi ia cukup subjektif perkara ini walaupun masih terjadi. Ada pihak penerbit drama TV sanggup mengambil pelakon dalam kategori kacak walaupun tak boleh berlakon.

"Tetapi senario ini tak terjadi dalam industri filem di Barat. Pelakon bersaiz badan besar masih ada permintaan tinggi. Saya pernah muncul di kaca TV tetapi hanya menerusi beberapa judul drama saja. Tak dinafikan, ada produksi tak mahu ambil saya berlakon kerana saiz badan. Ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Cuma, saya cuba menjadikan tekanan di atas penolakan itu untuk menguruskan badan. Tetapi saya juga bukan sematamata mahu kurus hanya kerana tekanan itu, sebaliknya apa yang lebih penting saya nak kurus untuk kesihatan," katanya.

Akui Zalif, dia ada usaha untuk menguruskan badan. Buktinya, dalam tempoh setahun, beratnya daripada 95 kilogram turun kepada 80 kilogram. Dengan mengambil pemakanan tambahan, vitamin C dan melakukan senaman, Zalif kini dalam misi untuk tampil sihat.

"Cuma saya tak boleh terlalu agresif melakukan senaman kerana ada penyakit asma. Kerana penyakit itu, saya pernah terpaksa melupakan hasrat melakukan beberapa siri promosi filem," kata Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek.



 
Chatroom