Home » » Langkah-Langkah Pencegahan Wabak Denggi

Langkah-Langkah Pencegahan Wabak Denggi

Langkah-Langkah Pencegahan Wabak Denggi

- Hapuskan semua bekas terbuang yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

- Tukar air dan basuh dengan bersih bekas yang boleh menakung air sekurang-kurangnya seminggu sekali.

- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam bekas air seperti kolah mandi, mangkuk dan tangki pam tandas serta laluan air yang bertakung atau tersumbat setiap tiga bulan.

- Sembur racun serangga terutama pada waktu awal pagi dan senja.

- Pasang penghalau nyamuk sama ada jenis lingkaran atau elektrik atau tidur dalam ke lambu.

- Pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna cerah semasa keluar dari rumah. Elakkan pakaian berwarna gelap.

- Sapu atau sembur bahan penghalau nyamuk pada bahagian badan yang terdedah.

- Elakkan berada di luar rumah pada waktu nyamuk aedes paling ak tif menggigit iaitu pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) dan senja (6 hingga 8 malam).

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak untuk sama-sama berganding bahu mengekang penularan wabak demam denggi di negara ini? Menurut Dr Zainal Abidin yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam, perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ialah menghapuskan tempat berair yang boleh menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Hapuskan lokasi pembiakan

Katanya, kitaran hidup aedes daripada telur sampailah menjadi nyamuk dewasa berlang ung dalam masa 10 hari dan sebahagian besar hayatnya ialah di dalam air iaitu antara lima hingga tujuh hari.

"Nyamuk aedes yang berbadan kecil berwarna hitam dan kaki berbelang hitam putih akan bertelur di dalam air. Telur itu kemudiannya akan menjadi jentikjentik dan kepompong.

"Kesemua proses ini berlaku di dalam air. Oleh sebab itulah sangat penting untuk kita mengenal pasti dan menghapuskan lokasi pembiakan ini," katanya.

Jika di luar rumah, nyamuk aedes biasanya membiak dalam tempat yang boleh menakung air seperti tayar, tempurung kelapa, botol, gelas, tin, tempayan, kolah mandi, alas pasu bunga, tangki air, tunggul atau lubang pokok dan daun.

Di dalam rumah pula, lokasi pilihan nyamuk aedes ialah tangki air, mangkuk tandas, perangkap air peti sejuk, kolah mandi, baldi, laluan air yang bertakung atau tersumbat, akuarium, tangki pam tandas, hablur jeli dalam pasu bunga (biasa digunakan untuk menggantikan tanah) dan dulang bawah rak pengering pinggan.

Dr Zainal Abidin berkata, kanakkanak boleh menjadi ejen terbaik untuk mengubah sikap masyarakat yang tidak ambil peduli dengan peningkatan masalah demam denggi.

Kanak-kanak juga boleh mengajak ibu bapa untuk samasama meluangkan masa selama 10 minit pada setiap hujung minggu untuk mencari dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah.



 
Chatroom