Home » » Petua kecantikan kulit berseri

Petua kecantikan kulit berseri

Petua kecantikan kulit berseri

Memang cemburu setiap kali melihat kulit muka seseorang yang mulus, apatah lagi jika mereka sudah berusia. Ada orang berkata, bukan susah untuk cantik, cuma perlukan sedikit kerajinan dan pengetahuan. Antara petua mudah yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik, cerah dan berseri ialah:

1. Tidur menggunakan bantal bersarung sutera.

Kebanyakan kita menghabiskan tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut.

Boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang lembut dan leher ketika tidur.

Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal pada kulit muka.

Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera.

kulit cantik

Ia membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap lembapan dari kulit.

2. Lakukan lulur dua kali seminggu.

Mungkin ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan.

Lazimnya, sel kulit mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa kasar.

Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru.

Sebaiknya, pilih bahan penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai.

3. Elakkan mandi terlalu lama dengan air suam.

Memang seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama.

Namun, tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan lembapan).

Apabila kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat.

4. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari.

Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar.

Justeru, penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan tengah hari.

Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia.

Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

~ HM



 
Chatroom