Home » » Pinjaman kewangan

Pinjaman kewangan

Pinjaman kewangan

Di negara kita, ada pelbagai institusi yang menyediakan kemudahan pinjaman. Penyedia perkhidmatan pinjaman utama seperti institusi kewangan, koperasi dan peminjam wang berlesen.

Institusi kewangan berlesen merangkumi bank perdagangan yang dilesenkan Bank Negara Malaysia (BNM), menyediakan kemudahan kredit kepada peminjam yang layak.

Anda dinasihat mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen kerana ada undang-undang yang melindungi hak sebagai peminjam.

Koperasi pula dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Peminjam wang berlesen pula dilesenkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menawarkan pinjaman kepada orang ramai.

Peminjam wang tidak berlesen pula beroperasi secara haram dan mereka dikenali sebagai `lintah darat¿ atau along. Mereka menawarkan pinjaman tanpa cagaran pada kadar faedah yang sangat tinggi dengan syarat yang tidak jelas.

Mereka juga sering menggunakan ancaman dan kekerasan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman. Anda dinasihatkan tidak meminjam daripada peminjam wang tidak berlesen.

Jenis pinjaman

1) Pinjaman bercagar

- Memerlukan aset sebagai cagaran dan lazimnya pinjaman bercagar mudah diperoleh.

- Jika pembayaran balik gagal dilakukan, institusi kewangan berhak merampas dan menjual aset anda untuk mendapatkan kembali wang pinjaman mereka.

- Contoh pinjaman bercagar adalah pinjaman perumahan dan pinjaman kereta.

2) Pinjaman tidak bercagar

- Tidak perlukan aset sebagai cagaran.

- Bergantung kepada keupayaan bayar balik pinjaman dan sejarah kredit anda.

- Jumlah pinjaman biasanya lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih pendek. Biasanya kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding kadar pinjaman bercagar.

- Untuk mengurangkan risiko, institusi kewangan kadangkala memerlukan penjamin.

- Contoh pinjaman tidak bercagar ialah hutang kad kredit dan pinjaman peribadi.



 
Chatroom