Home » » Pokok Baobab dikenali pokok kehidupan

Pokok Baobab dikenali pokok kehidupan

Pokok Baobab

Pernah anda melihat pokok yang hanya berdaun pada bahagian atas? Walaupun rupanya agak pelik, tetapi tumbuhan ini yang dikenali sebagai Baobab mempunyai pelbagai fungsi kepada hidupan lain.

Pokok Baobab

Mendapat gelaran sebagai pokok kehidupan kerana ia mampu memberikan makanan, minuman dan tempat berteduh kepada manusia dan haiwan. Buah daripada pokok ini diberi nama `monkey bread' atau roti monyet dan mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi.

Pokok ini juga adalah pokok kebangsaan bagi Madagascar. Sejak tumbuh pokok ini tidak pernah mengeluarkan daun. Hal ini menyebabkan dahan dan ranting kelihatan seperti akar pokok.



 
Chatroom