Home » » Safi Balqis White Trilogy : Jaga kecantikan wajah

Safi Balqis White Trilogy : Jaga kecantikan wajah

Safi Balqis White Trilogy

Definisi raut wajah cerah sempurna yang diidamkan oleh setiap gadis pada masa kini bukan sekadar warna yang sekata, malah kulit perlu anjal dan kelihatan bermaya setiap masa.

Kebanyakan kita sedar kulit perlu dirawat dengan manfaat bahan yang boleh bertindak di luar dan dalam lapisan kulit.

Namun, ramai yang menganggap kecantikan luaran saja sudah mencukupi untuk tampil anggun dan menawan tanpa mengambil kira aspek kesihatan bahagian dalam kulit.

Safi Balqis White Trilogy

Menyedari kepentingan kecantikan wajah yang bukan dilihat di bahagian luar kulit saja, Safi memperkenalkan generasi kelima rangkaian penjagaan wajahnya, Safi Balqis White Trilogy.

Pengurus Kumpulan Produk (Safi) Mahsuri Sulaiman berkata, produk pencerah wajah yang lengkap untuk keperluan semua jenis kulit membantu memberikan kesan penampilan muka yang sempurna.

¿Kami memahami keperluan kecantikan wajah diinginkan wanita masa kini. Rangkaian penjagaan dan pencerahan kulit wajah yang lengkap dengan kombinasi teknologi dan sains digunakan membantu menjadikan keadaan kulit bertambah baik.

¿Justeru, jenama ini komited untuk memperkenalkan rangkaian penjagaan wajah yang baru dilengkapi dengan pembersih, penyegar, krim kecantikan, pelembap dan krim BB untuk membantu memberikan perubahan pada kulit muka dengan sempurna.

¿Ia dilengkapi dengan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah di tiga lapisan epidermis kulit untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat,¿ katanya.

Menariknya kombinasi arbutin yang terkenal dengan manfaat pencerahan dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang membantu melambatkan proses pigmentasi juga ditambah dengan limau gedang khusus untuk kulit berjerawat dan berminyak.

Malah, ia juga membantu mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, sekali gus menjadikan kulit tampak bermaya.

Pada masa sama, jenama berkenaan turut memperkenalkan duta kepada rangkaian produk terbaru itu iaitu Hanis Zalikha. Bintang baru yang kini melakar nama dalam bidang hiburan itu adalah personaliti pilihan kecantikan dan gaya yang gemar berkongsi pendapat peribadi menerusi blog miliknya.



 
Chatroom