Home » » Filem Bahaya Cinta Sinopsis lakonan Adam AF

Filem Bahaya Cinta Sinopsis lakonan Adam AF

Sinopsis Bahaya Cinta


Bahaya Cinta bermula tentang pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi yang terus memutuskan mereka berdekat-dekat lamanya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati mereka masih terpahat perasaan sayang dan ingin tahu tentang keadaan masing-masing.

Kisah keluarga Iskandar lakonan Adam AF sementara ibunya, lakonan Fadilah Mansor sebagai Dong Ai menjadi bekas pelarian Vietnam dan berkahwin dengan orang tempatan, iaitu lelaki Melayu yang pernah menyelamatkannya daripada mati lemas.

Selepas kematian bapanya, ibu Iskandar mengungkit kenangan silam terhadap kalung yang diberikan bekas kekasihnya, Ai Nguan, lebih tiga dekad yang lalu.

Ibu Iskandar mahukan anaknya menjejak lelaki istimewa itu di Vietnam mengikut 'gerak hati'.

Bagaimanapun, percutian bertukar malang apabila sampai di sana, Iskandar berdepan detik cemas apabila diburu sekumpulan ahli kongsi gelap.

Semuanya bermula selepas beliau cuba menyelamatkan seorang wanita dari Jakarta yang baru saja sampai di Hanoi tetapi menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

Dalam pada itu, filem ini turut komedi ringan dengan munculnya Man Raja Lawak sebagai kawan baik kepada Iskandar di kampung yang membawa penonton tidak kering gusi melihat keletahnya.

Filem Bahaya Cinta ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Mei 2014.

FILEM: Bahaya Cinta

PENGARAH: Yusof Kelana

PELAKON: Adam AF, Datuk Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak (Malaysia) Han Dan, Luong Giang dan Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Armanda (Indonesia).

DURASI: 1 Jam  52  Minit

GENRE: Drama/ Romantik/ Aksi

TERBITAN: YKS Film Maker/Sheunik Sdn Bhd (Malaysia) dan Redbridge TV & Film Production (Vietnam)



 
Chatroom