Home » » Sebab kanak-kanak obes

Sebab kanak-kanak obes

Tonton televisyen sambil makan tingkatkan obesiti

Kajian menunjukkan ibu yang terlalu asyik menonton televisyen sambil menyusukan bayi berpotensi bayi terlebih kenyang kerana tidak sedar dengan keadaan itu.

Hasil kajian menunjukkan anak terdedah lima kali ganda berpotensi untuk melakukan perlakuan yang sama apabila mereka menjelang usia kanak-kanak.

Profesor Bersekutu Klinik Pediatrik Sekolah Perubatan Universiti New York, Dr Mary Jo Messito, berkata kajian terhadap kanak-kanak berusia dua tahun sehingga remaja juga menunjukkan perbuatan menonton televisyen ketika waktu makan berkait rapat dengan kualiti diet yang rendah, kurang sensitif dan pengambilan kalori berlebihan.

Hadkan menonton televisyen

Kajian dilakukan ke atas 189 wanita, mendapati 71 peratus mereka menonton televisyen ketika makan.

"Tabiat itu lebih tinggi dilakukan oleh responden ibu muda berusia kurang 25 tahun berbanding ibu lebih berusia matang. Selain itu, ibu yang tidak menyusu bayi secara eksklusif juga lebih cenderung menonton televisyen ketika menyusu bayi.

Sehubungan itu, Messito menasihatkan supaya ibu mengandung mengehadkan menonton televisyen kurang dua jam dalam sehari.

Sementara itu, Pakar Pediatrik University of Washington merangkap Pengarah Kesihatan, Tingkah Laku dan Perkembangan Kanak-Kanak Institut Penyelidikan Hospital Kanak-kanak Seattle, Dr Dimitri Christakis, berkata tabiat makan dan menonton adalah perbuatan tidak sihat.

"Televisyen antara penyumbang utama kepada peningkatan obesiti," katanya

Selain itu, Akademi Pediatrik Amerika Syarikat juga menyarankan kanak-kanak berusia kurang dua tahun supaya mengelak menonton televisyen terlalu lama, sebaliknya mengehadkan antara satu hingga dua jam sehari.

Berat ideal bayi

-Berat bayi yang normal sewaktu lahir adalah 2.5 kilogram ke atas.

-Jika kurang daripada angka itu, bermakna bayi lahir kurang berat badan.

-Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat boleh dilihat dalam 3 bulan pertama.

-Pada usia 1 hingga 3 bulan, kenaikan berat normal ialah antara 150 -250gram seminggu.

-Pada usia 4 -6 bulan, kenaikan berat badan antara 350 -450gram sebulan.

-Pada usia antara 10 hingga 12 bulan pula, berat badan bertambah antara 250 -350gram sebulan.

-Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat biasanya berlaku dengan cepat.

-Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan kerana bayi sudah mulai aktif bergerak.

-Hati-hati jika bayi yang berusia lingkungan 4 bulan hanya mengalami pertambahan berat tubuh kurang daripada 200 gram seminggu, itu bermakna bayi mungkin menghadapi masalah kurang makan.

Sebab kanak-kanak obes


-Keturunan atau struktur genetik. Hampir 35 peratus kes obesiti dikesan dalam kalangan kanak-kanak yang ibu bapa mereka mempunyai berat badan normal. Secara amnya, kanak-kanak mempunyai risiko menjadi obes yang lebih tinggi jika ibu bapa mereka juga obes.

-Terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan makanan lebih daripada apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal. Badan yang gemuk bukan hanya menyimpan lemak, tetapi ia juga mengandungi otot pejal.

-Faktor belajar iaitu kanak-kanak mencontohi tabiat makan kurang sihat seperti makan berlebihan seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Justeru, ibu bapa mesti menjadi teladan yang baik dan mengamalkan tabiat makan yang sihat untuk kebaikan anak mereka.

-Makan dengan berlebihan menyebabkan kanak-kanak menjadi obes. Apabila mereka obes, kanak-kanak cenderung untuk terus makan dengan berlebihan kerana mereka memerlukan lebih tenaga untuk bergerak



 
Chatroom