Home » » Sinopsis Kasut Ku Kusut lakonan Shaheizy Sam

Sinopsis Kasut Ku Kusut lakonan Shaheizy Sam

Sinopsis Kasut Ku Kusut

Filem Kasut Ku Kusut mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Manap, yang berasa geram kerana kasut yang baru dibelinya telah hilang.Pada masa yang sama, salah seorang anggota geng jahat Father Dragon, yang bergelar Markos, telah ditugaskan membawa Suzi kepada ketua kumpulan itu.

Dalam perjalanan, mereka telah sesat dan Suzi berjaya melarikan diri daripada Markos. Suzi bertemu dengan Manap yang masih mencari kasutnya. Apabila Markos bertembung dengan Suzi dan Manap, Manap menyedari kasut yang dipakai Markos mirip dengan kasutnya yang hilang.

Kasut Ku Kusut

Pengarah: Pierre Andre
Pelakon: Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Atikah Suhaimie, Along Eyzendy


Kasut Ku Kusut Official Trailer



 
Chatroom