Home » » Resepi Kek Coklat Untuk Si Langsing

Resepi Kek Coklat Untuk Si Langsing

Resepi Kek Coklat Untuk Si Langsing

Kek coklat pasti menggoda nafsu sesiapa saja. Mana mungkin boleh ditahan tetapi demi menjaga bentuk tubuh badan yang langsing, hasrat terpaksa dipendam. Eh! Siapa kata wanita langsing tidak boleh menikmati kek coklat? Resipi ini khas untuk wanita langsing yang mahukan kek coklat tanpa rasa bersalah!

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan gula organik

4 sudu besar koko pahit

1 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh cuka

6 sudu besar minyak sayuran

1 sudu teh esen vanila

1 cawan air

Cara membuat

Panaskan oven sehingga 180 darjah celsius. Gaul tepung, gula perak, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas kek bersaiz 20 x 20cm. Masukkan minyak, cuka dan vanila. Gaul sebati. Akhir sekali, masukkan air dan kacau rata. Bakar selama 30 hingga 40 minit.


TRIVIA
Kek ini sesuai untuk vegetarian kerana tidak mengandungi telur.

Walaupun tanpa telur atau susu, kek coklat ini tetap basah dan lembab.

Coklat gelap atau coklat pahit kaya antioksidan dan kandungan flavonoids membantu mengurangkan tekanan serta mengimbangkan hormon dalam badan.

Lemak di dalam coklat gelap tidak memberi kesan kepada kolesterol anda.

Coklat gelap tidak mengandungi terlalu banyak kalori. Pakar menasihatkan seseorang mengambil tidak lebih daripada 3 auns coklat gelap setiap hari.

Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang.






 
Chatroom