Home » » Senarai filem hebat 2015 wajib tonton

Senarai filem hebat 2015 wajib tonton

Senarai filem hebat 2015 wajib tonton

Tahun 2015 pawagam bertambah meriah dengan deretan filem hebat terutamanya dari Hollywood.

Pastinya, kaki wayang tidak sabar menyaksikan beberapa filem yang dijangka bakal 'meletup'.

Selain karya baru yang memaparkan jalan cerita berbeza, pawagam dihangatkan lagi dengan tayangan beberapa filem sekuel antaranya Avengers: Age of Ultron, Terminator Genisys, Taken 3, Furious 7 dan Hunger Games.

Trilogi ketujuh Star Wars: The Force Awakens disenaraikan antara filem yang paling dinanti-nantikan peminat.

Berikut antara senarai filem hebat sepanjang 2015 yang harus disaksikan penonton.

JANUARI


* Taken 3

Liam Neeson kembali sebagai Bryan Mills namun dalam siri ketiga Taken ini, isterinya dibunuh dengan kejam. Sekali lagi, dia menggunakan kepakarannya untuk menjejaki pembunuh isterinya. Pada masa sama, Mills perlu melindungi anak perempuannya daripada ancaman musuh.

Pelakon: Liam Neeson, Famke Janssen, Maggie Grace & Forest Whitaker

* Into the Woods

Fantasi ini mengabungkan kisah dongeng adik-beradik Brothers Grimm dengan Cinderella, Little Red Riding Hood, Jack and the Beanstalk dan Rapunzel. Ia mengisahkan seorang ahli sihir mengarahkan sepasang suami isteri mencari bahan ajaib untuk memulihkan keluarga mereka daripada sumpahan.

Pelakon: Meryl Streep, Emily Blunt, James Corden & Anna Kendrick

FEBRUARI

* Unbroken

Filem arahan bintang Hollywood dan pemenang Oscar Angelina Jolie ini mengisahkan kehidupan atlet Olimpik dan wira perang, Louis Zamperini yang terkandas di tengah lautan selepas nahas kapal terbang. Mereka kemudiannya menjadi tawanan tentera Jepun.

Pelakon: Jack O'Connell, Domhnall Gleeson, Garrett Hedlund & Jai Courtney

* Fifty Shades of Grey

Filem adaptasi trilogi novel popular Fifty Shades of Grey ini mengisahkan pelajar sastera, Anastasia Steel jatuh cinta terhadap usahawan tampan Christian Grey. Pada masa sama, Grey turut meminati Steel namun meletakkan syarat kepada gadis itu. Ketika hangat menjalin hubungan, Steel, mendapat tahu rahsia gelap Grey.

Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan & Luke Grimes

* Mortdecai

Filem aksi komedi ini menampilkan Johnny Depp sebagai usahawan seni Charlie Mortdecai yang mengambil upah sebagai pengganas dan gengster sambilan. Saksikan Depp merantau dunia untuk menjejaki lukisan yang turut mencatatkan kod akaun sebuah bank yang dikatakan menyimpan emas milik tentera Nazi.

Pelakon: Ewan McGregor, Johnny Depp & Gwyneth Paltrow

* Jupiter Ascending

Ketika Jupiter Jones dilahirkan, bintang di langit memberi ramalan bayi itu ditakdirkan untuk melakukan kebaikan. Kini sudah dewasa, Jones bekerja sebagai tukang cuci tandas. Nasib Jones berubah selepas pahlawan Caine turun dari angkasa untuk memberitahu dia adalah pewaris bumi.

Pelakon: Channing Tatum, Mila Kunis & Sean Bean

* Kingsman: The Secret Service

Diadaptasikan daripada komik The Secret Service, filem arahan Matthew Vaughn ini mengisahkan sebuah organisasi perisik yang merekrut budak jalanan berpotensi untuk menyertai program latihannya.

Pelakon: Colin Firth, Mark Strong, Michael Caine & Samuel L Jackson

MAC

* Spongebob Squarepants

Saksikan karakter comel animasi kegemaraan ramai, SpongeBob melancarkan misi mencari resipi memasak yang dicuri. Dalam perjalanan, dia memasuki alam manusia dan terpaksa berdepan ancaman lanun. Pasti menyeronokkan!

* Cinderella

Ia berdasarkan cerita dongeng kanak-kanak popular Cinderella. Ia mengisahkan seorang gadis bernama Ella yang sering didera adik-beradik serta ibu tirinya setiap kali bapanya tiada di rumah. Suatu hari, Ella bertemu seorang jejaka tampan di hutan yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai istana. Tidak lama kemudian, keluarga Ella menerima jemputan untuk menghadiri majlis keramaian di istana.

Pelakon: Lily James, Cate Blanchett, Richard Madden & Holliday Grainger

* In the Heart of the Sea

Menampilkan pelakon hebat Chris Hemsworth, filem adaptasi novel ini berlatarkan suasana pada 1820. Kapal dinaiki Kapten George Pollard bersama anak kapalnya Owen Chase, Matthew Joy dan Thomas Nickerson karam selepas diserang ikan paus. Berikutan itu, mereka terkandas di lautan selama 90 hari. Keadaan bertambah buruk apabila mereka terpaksa makan daging manusia!

Pelakon: Chris Hemsworth, Michelle Fairley & Cillian Murphy

* Insurgent

Filem kesinambungan Divergent ini memaparkan Beatrice Prior meneruskan perjuangan menghalang anasir jahat daripada memecah belah rakyat. Usaha itu dilakukan dengan kerjasama beberapa pihak luar yang menyokong tindakannya.

Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Ansel Elgort

* The Transporter Legacy

Mengisahkan kegiatan jenayaah di pasar gelap Perancis. Frank Martin dikenali sebagai The Transporter kerana memiliki kemahiran memandu hebat selain memiliki wang banyak. Selepas bertemu dengan Anna, mereka merancang untuk melumpuhkan sekumpulan penjenayah yang terbabit dalam aktiviti perdadangan manusia. Kumpulan itu turut menculik bapa Martin.

Pelakon: Ed Skrein, Loan Chabanol & Lenn Kudrjawizki

APRIL

* Furious 7

Dalam siri terhebat Fast and Furious ini, Deckard Shaw mahu membalas dendam terhadap Dominic Toretto atas kematian adiknya. Ini juga filem terakhir Paul Walker sebelum meninggal dunia.

Pelakon: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez

* Avengers: Age of Ultron

Sekuel The Avengers kali ini mengisahkan jutawan Tony Stark cuba menghasilkan program baru. Namun, kejadian tidak diingini berlaku dan anggota Avengers terpaksa menghalang Ultron untuk melaksanakan rancangan jahatnya.

Pelakon: Robert Downey Jr., Chris Evans & Mark Ruffalo

JUN

* Minions

Minion Stuart, Kevin dan Bob direkrut oleh penjahat pasangan suami isteri Scarlet Overkill dan Herb untuk membantu menjayakan rancangan mereka menakluk dunia. Mampukah mereka?

* Insidious: Chapter 3

Prekuel seram Insidious ini membawa penonton menyaksikan kisah yang berlaku sebelum kejadian gangguan keluarga Lambert. Dalam siri terbaru ini, Elise Rainier memiliki kuasa psikik namun agak keberatan menggunakan kelebihan itu untuk berkomunikasi dengan roh.

Pelakon: Dermot Mulroney, Lin Shaye & Stefanie Scott

* Jurassic World

Selepas kesudahan filem Jurassic Park pada 1993, filem ini memaparkan habitat dinosaur yang beroperasi sepenuh-nya. Selepas 10 tahun, jumlah pengunjung ke taman tema Jurassic World semakin berkurangan. Bagi menarik semula pengunjung, tarikan baru diperkenalkan namun kejadian terbaru yang tidak diingini berlaku.

Pelakon: Chris Pratt, Judy Greer & Ty Simpkins

JULAI

* Terminator Genisys

Sekuel terbaru Terminator ini meneruskan kisahnya dengan Kyle Reese berkerjasama dengan ibu John Connor's iaitu Sarah dan robot pemusnah untuk menghalang lagi 'hari kiamat' tercetus.

Pelakon: Emilia Clarke, Jai Courtney & Arnold Schwarzenegger

* Ant-Man

Tahun ini pawagam dimeriahkan lagi dengan kemunculan satu lagi wira komik Marvel iaitu Ant-Man yang juga kaki penipu. Wira ini harus menggunakan kuasanya untuk membantu Dr Hank Pym melumpuhkan satu perancangan jahat demi menyelamatkan dunia.

Pelakon: Paul Rudd, Evangeline Lilly & Hayley Atwell

OGOS

* Pixels

Animasi ini menampilkan pakar permainan video direkrut pihak tentera untuk berperang dengan karakter permainan video yang dihasilkan pada 1980-an. Mereka dikehendaki menghalang musuh ini daripada terus menyerang New York.

* Hitman: Agent 47

Seorang pembunuh upahan bekerjasama dengan seorang wanita yang mahu mencari bapanya. Dalam usaha menjejaki lelaki itu, mereka merungkai misteri moyang wanita terbabit.

Pelakon: Rupert Friend, Zachary Quinto & CiarĂ‚·n Hinds

* The Fantastic Four

Filem ini adalah 'reboot' siri Fantastic Four yang mengisahkan empat saintis memiliki kuasa ajaib akibat perubahan mutasi. Mereka kemudian menggunakan kuasa luar biasa masing-masing untuk menyelamatkan dunia daripada anasir luar.

Pelakon: Miles Teller, Kate Mara & Michael B Jordan

* The Man from U.N.C.L.E

Ia diadaptasikan daripada siri TV popular. Pada 1960-an, ejen CIA Napoleon Solo dan Illya Kuryakin menyertai misi melumpuhkan kegiatan sebuah organisasi jenayaah misteri yang terbabit dalam penciptaan senjata nukler.

Pelakon: Henry Cavill, Hugh Grant & Alicia Vikander

SEPTEMBER

* Maze Runner: The Scorch Trials

Saksikan nasib penghuni Gladers yang berjaya melarikan diri dari pagar sesat. Tanpa diduga, kumpulan itu bakal berdepan cabaran lebih besar apabila mereka mendapati dunia sudah musnah akibat sinaran matahari dan manusia hampir pupus kerana wabak.

Pelakon: Thomas Brodie-Sangster, Dylan O'Brien & Kaya Scodelario

NOVEMBER

* The Hunger Games: Mockingjay-Part 2

Sekuel terakhir trilogi novel The Hunger Games ini bakal merungkai nasib Katniss Everdeen dan peserta Hunger Games yang berjaya diselamatkan. Dalam filem ini, Katniss meneruskan perjuangannya sebagai Mockingjay untuk mengulingkan pemimpin Capitol.

Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson & Liam Hemsworth

DISEMBER

* Star Wars: Episode VII-The Force Awakens

Inilah antara filem yang paling ditunggu peminat. Episod Star Wars ini mengisahkan kejadian yang berlaku 30 tahun selepas trilogi Return of the Jedi yang ditayangkan pada 1983.

Pelakon: Harrison Ford, Mark Hamill & Carrie Fisher

* Mission: Impossible 5

Maklumat terperinci mengenai siri kelima Mission Impossible ini masih belum diketahui namun ia masih mengekalkan Tom Cruise sebagai watak utama.

Pelakon: Paula Patton & Jeremy Renner.

~ Metro



 
Chatroom