Home » » Sinopsis Kata Hati (slot Widuri TV1) lakonan Josiah Hogan

Sinopsis Kata Hati (slot Widuri TV1) lakonan Josiah Hogan

Sinopsis drama Kata Hati  

Kata Hati bermula dengan memperkenalkan watak Rina (Raja Ilya), seorang gadis yang cerewet dan tegas dalam kerjayanya sebagai pemilik butik pengantin dan belum bertemu jodoh.

Beliau dibantu oleh rakan baiknya bernama Dewi. Pada masa sama ibubapanya sibuk mencari calon yang sesuai untuk Rina. Rina yang juga meminati sukan lasak memanjat gunung tidak memperdulikan hasrat ibubapanya.

Sinopsis Kata Hati

Suatu hari Rina kemalangan semasa sedang menyediakan barbeku untuk makan malam mereka. Mata Rina tercedera dan terpaksa menunggu 2 bulan untuk pulih.

Bapanya mendapatkan khidmat orang gaji untuk menjaga Rina tetapi semuanya berhenti tidak tahan dengan perangai Rina sehinggakan Omar (Josiah Hogan) datang untuk menjaga Rina setelah terbaca iklan yang dibuat oleh ayah Rina.

Drama bersiri Kata Hati mengisi slot Widuri hiburan hujung minggu mulai 17 Januari depan, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.00 petang di RTM.

Pelakon: Josiah Hogan, Lana Nordin, Syed Ali, Kenchana, Jalaluddin Hassan, Raja Ema, Lydiawati, Rahim Jailani, dan Norman Hakim.



 
Chatroom