Home » » Seks Buat Wanita Jadi Cantik

Seks Buat Wanita Jadi Cantik

Seks Buat Wanita Jadi Cantik

Mungkin kamu tak tahu yang hubungan intim kamu dan suami boleh bantu keseriaan kulit wajahmu. Jom ketahui lima keistimewaan seks ini!

Lima manfaat untuk kulit ketika kamu sedang hangat membuai asmara:

1. Ia buat kulitmu mekar kemerahan. Sama seperti apa jua senaman fizikal yang lain, seks melancarkan aliran darah. Untuk menangani aliran darah yang meningkat, kapilari darah pada wajah akan mengembang, memberikan kulit kemekaran sihat – seperti kamu baru selesai berlari 5KM.

2. Ia menghindarkan daripada kesan penuaan. Anggap seks sebagai tambahan kepada krim anti penuaan. Tahap estrogen yang seimbang  bukan sahaja membantu kulit kekal lembut tetapi juga anjal. Sebagai tambahan, seks boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi kamu, jelas Julie Karen, M.D, yang mengurangkan keradangan, proses yang lama kelamaan akan melemahkan kolagen dan elastin.


3. Ia menghapuskan jerawat. Tak sangka kan? Ia boleh membersihkan pori-porimu. Ketika seks, tubuh mengeluarkan hormon yang menaikkan mood dipanggil beta-endorfin, yang mempunyai efek anti-keradangan. Paras kortisol mu – hormon tekanan yang menggalakkan jerawat – akan menurun bila kamu kerap ‘bersama’. Lagi kerap, makin bersihlah kulit.

4. Ia menghidrat kulit. ‘Aksi-aksi’ yang kerap diulang akan memastikan paras hormon pun stabil, jelas Yvonne Fullbright, Pd.D. Ini penting untuk estrogen, yang memainkan peranan penting di dalam penghidratan kulitmu. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen.

5. Bagaimana ‘the pill’ bermain dengan kulitmu. Pil perancang yang terkini telah mendapat kelulusan FDA untuk merawat jerawat. Bagaimana? Ia mengurangkan penghasilan androgen (hormon yang meningkatkan kelenjar minyak) agar ia takkan mengganggu kulit, menghalang hormon akne daripada sumbernya. Efeknya tidak segera. “Ia boleh mengambil masa tiga bulan sehingga hormon itu distabilkan,” jelas Dr. Karen. Ia juga bukan pil ajaib – banyak perkara lain yang boleh menyebabkan jerawat, jadi penjagaan kulit yang betul itu penting. ~ Cosmopolitan



 
Chatroom