Home » » Seludup Sinopsis (Drama Astro Maya)

Seludup Sinopsis (Drama Astro Maya)

Seludup Sinopsis

Drama Seludup mengisahkan Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia.

Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara.

Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.


Seludup sebuah drama aksi dan cinta terbitan Jehan Miskin bersama pelakon-pelakon utama Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip



 
Chatroom