Home » » 9 langkah daftar simpanan syariah KWSP

9 langkah daftar simpanan syariah KWSP

Sembilan langkah daftar simpanan syariah KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Simpanan Syariah yang akan dilancarkan bermula Januari tahun depan, kini sudah dibuka pendaftarannya.

Kepada mereka yang berminat, terutama kepada umat Islam yang mahu simpanan mereka di dalam KWSP diurus secara patuh syariah, di sini Sinar Online membawa kepada anda sembilan cara untuk mendaftar simpanan tersebut.

1. Pendaftaran bermula Isnin 8/8/16, pukul 8:15 pagi, pendaftaran boleh dibuat di semua pejabat/cawangan KWSP di seluruh negara.

2. Hanya perlu bawa IC/Kad Pengenalan. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena hadir sendiri ke pejabat KWSP (kerana anda perlu lalui proses akad, dan turunkan cap jari).

4. Proses pengeluaran Simpanan Syariah masih sama macam Simpanan Konvensional

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16 (hari ini) , tarikh berkuatkuasa Simpanan Syariah hanya akan bermula pada 1/1/17 (tahun hadapan).

6. Hanya RM100 bilion dana diperuntukkan untuk Simpanan Syariah tahun 2017. (konsepnya siapa cepat dia dapat).

7. Pencarum KWSP akan mengetahui sama ada permohonan Simpanan Syariah mereka berjaya atau sebaliknya menerusi notis dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa Simpanan Syariah tersebut.

8. Sekiranya pencarum tidak menerima sebarang makluman mengenai tarikh berkuatkuasa bermakna pencarum masih dalam senarai menunggu atau maklumat pencarum dalam sistem KWSP tidak dikemas kini.

9. Pencarum KWSP hanya dibenarkan mempunyai satu akaun KWSP sahaja, sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Syariah.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 18 Ogos 2015 telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli yang bertukar kepada Simpanan Syariah.

Bagaimanapun, sekiranya ada ahli yang ingin berbuat demikian secara individu, mereka boleh melakukannya setelah pengeluaran simpanan KWSP dibuat pada umur 50 dan 55 tahun.

Ahli boleh merujuk kepada garis panduan penyucian dividen yang ditetapkan menerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS), KWSP.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html



 
Chatroom