Home » » Khasiat Buah Tunjuk Langit Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Tunjuk Langit Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Tunjuk Langit

Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu mengurangkan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga mampu membantu individu yang mempunyai masalah lebihan berat badan selain menjadi penawar penyakit migrain.

Menerusi kandungan pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah selain mening­katkan kecergasan badan.

Buah ini mendapat perhatian dunia sejak kebelakangan ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.

Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.

Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Soloman dan Malaysia.

Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga dinasihatkan supaya mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan dan minuman sesuka hati.



 
Chatroom