Home » » Sinopsis drama sitkom Tak Beli Tak Cinta

Sinopsis drama sitkom Tak Beli Tak Cinta

Sinopsis drama sitkom Tak Beli Tak Cinta

Tak Beli Tak Cinta mengisahkan kehidupan Puan Bibi yang memiliki sebuah butik dan sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi.

Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia menerima cinta dalam hidupnya. Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal.

Kenakalan Raykal juga memeningkan Puan Bibi, apatah lagi apabila Raykal sering meragam kerana mahukan ayah baharu.



Puan Bibi hanya dibantu oleh seorang staf, Liyana (Syainie Aida), anak saudara arwah suaminya yang gemar melaram dan kuat berangan. Liyana mahu menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa seperti idolanya, Yuna.

Tuan CJ (Erry Putra) pula sangat rajin membantu Puan Bibi tetapi sebenarnya dia mencari peluang untuk mendekati dan menggoda Puan Bibi. Malahan, Tuan CJ juga berjanji akan mendapatkan penaja VIP untuk butik Puan Bibi.

Keadaan butik itu berubah selepas seorang pemuda yang juga graduan jurusan kimia yang sangat kacak, Isma (Ariz Lufias) diterima sebagai pekerja. Liyana menyimpan perasaan terhadap Isma tetapi Isma pula minat kepada Puan Bibi.

Dek kerana kesibukan menguruskan butik baharunya yang menjadi tumpuan selebriti dan ikon kosmetik, Puan Bibi sering kali terlupa untuk mengambil Raykal di sekolah.

Suatu hari, Puan Bibi cemas apabila gagal mengesan Raykal di sekolah kerana terlambat sampai. Kehilangan Raykal berakhir apabila Raykal dijumpai menyelinap masuk ke dalam kereta cikgu di sekolahnya yang masih bujang dan tampan, iaitu Cikgu Ramli.

Sejak pertemuan dengan Cikgu Ramli, Puan Bibi sering dilamun angau. Dia sentiasa membayangkan Cikgu Ramli. Puan Bibi sentiasa sampai awal di sekolah untuk mengintip Cikgu Ramli.

Malangnya, Cikgu Ramli sudah bertunang dan bakal berkahwin. Apakah yang berlaku seterusnya kepada Puan Bibi?

Saksikan drama Tak Beli Tak Cinta, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Iris, TV3.

Sitkom berjudul Tak Beli Tak Cinta menampilkan gandingan pertama kali Rita Rudaini dan Ariz Lufias.

Pengarah: Ahmad Idham Ahmad Nadzzri

Selain Rita dan Ariz, drama ini turut dijayakan Erry Putra serta Syainie Aida.



 
Chatroom