Home » » Tips penjagaan buah pinggang

Tips penjagaan buah pinggang

Tips penjagaan buah pinggang 

Umumnya, diet yang seimbang serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk memastikan buah pinggang kita akan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Namun begitu, saya ingin berkongsi beberapa tips tambahan supaya kita dapat memastikan buah pinggang kita kekal sihat.



Mengawal tekanan darah dan gula dalam darah kita.
Ini adalah kerana antara dua punca utama penyakit buah pinggang adalah berpunca dari penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Jumlah glokosa yang tinggi dalam darah boleh merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil dalam buah pinggang kita. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran kecil di dalam buah pinggang kita. Saluran darah yang telah rosak tidak akan berupaya menapis bahan-bahan buangan dalam darah kita seperti yang sepatutnya.

Kurangkan pengambilan daging
Kandungan protein haiwan yang tinggi akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik di mana asid uril merupakan punca dalam pembentukan batu asid urikdan juga penyakit gout.

Minum air yang mencukupi
Air membantu untuk mengepam keluar toksin dan menghalang terjadinya batu karang. Namun begitu jangan minum air dalam kuantiti yang banyak sekaligus, sebaliknya minum dlama kadar yang sedikit tapi kerap dan sepanjang hari.

Jauhi tabiat merokok
Merokok bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit buah pinggang tetapi juga menyumbang juga kepada kematian akibat strok dan serangan jantung.

Kurangkan kafein
Kafein boleh bertindak sebagai deuritik yang menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan melalui proses penyahidratan. Ini akan menyebabkan buah pingggang kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan menyebabkan tekanan yang berlebihan.

Semoga tips penjagaan buah pinggang ini dapat memberi manfaat untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang dan keseluruhan tubuh badan kita.

~ Fitrahcure



 
Chatroom