Masalah bulu kucing gugur
Pernahkah kita mengalami masalah kucing kesayangan keguguran bulu, terutama di bahagian telinga? Tentu saja perkara sebegini merunsingkan apatah lagi jika anda memiliki kucing berbulu lebat.
Sebenarnya, bulu kucing gugur disebabkan pelbagai faktor. Ia mungkin disebabkan pemakanan, emosi kucing terganggu atau kucing anda terbabit dalam pergaduhan.
Seperti manusia, kucing juga mempunyai alahan, namun tidak diketahui atau disedari secara langsung oleh pemiliknya. Kadangkala bukan hanya daripada pemakanan, tetapi faktor persekitaran sepaerti permaidani, kulat, ubat-ubatan, pakaian, habuk rumah dan hama. Mungkin secara tidak sedar kita membawa masuk serangga kecil atau hama yang melekat di pakaian ke rumah.
Tambah pula bagi kucing rumah yang kurang didedahkan kepada dunia luar, kebanyakannya mempunyai ketahanan badan yang lemah dan senang terkena serangan.
Pendek kata, kucing rumah adalah paling manja dan tidak mustahil jika naluri haiwan mereka turut hilang. Jika terkena sedikit pun kekotoran, ia akan gatal dan kucing akan menggaru atau menggeselkan bahagian yang gatal. Lamakelamaan bulu si comel akan gugur dan kelihatan seperti kurap.
Keguguran bulu juga boleh berpunca daripada gigitan kutu. Jika anda jarang memandikan kucing atau kucing anda bercampur dengan kucing lain yang mempunyai kutu, ia turut menyebabkan masalah ini.
Kutu senang berjangkit dan membiak. Jika kucing berbulu lebat, agak sukar untuk melihat kehadiran kutu.
Ada beberapa jenis kutu dan kebanyakannya akan menyebabkan kegatalan dan apabila kucing menggaru menyebabkan keguguran bulu.
Jadi, seeloknya selalu mandikan kucing dan menggunakan syampu antikutu. Kini, ada wangian dan bedak yang mampu menghalang kehadiran kutu. Ada juga kolar khas untuk kucing, yang mempunyai teknologi mikro untuk menghalang kutu melekat di badan tetapi mungkin harganya agak mahal.
Pemakanan juga memainkan faktor bulu gugur. Sebagai pemilik, menjadi tanggungjawab untuk menyediakan makanan yang berkhasiat. Tidak semestinya dengan membeli makanan mahal saja.
Fakta mata kucing
Kucing memiliki mata yang istimewa dan tidak seperti mata manusia. Kemampuan mata yang hebat membuatkan kucing mengesan mangsanya dalam kegelapan, lalu menyusup dan menangkapnya dengan pantas.
Dibandingkan dengan manusia, mata kucing mempunyai lebih banyak sel peka cahaya (rod cell) yang membantu mereka melihat dalam keadaan yang mempunyai penglihatan cahaya minimum.
Kemampuan ini sesuai dengan pola hidup haiwan karnivor itu yang lebih banyak aktif menjelang malam atau dinihari.
Mata manusia biasanya mengandungi sekitar 125 juta sel peka cahaya, sedangkan sel peka cahaya pada mata kucing pula berjumlah enam hingga lapan kali lebih banyak.
Ada faktor lain yang membuat kucing boleh melihat lebih baik dalam gelap. Mata kucing mampu mengumpulkan cahaya lebih banyak kerana bentuknya lonjong, kornea besar, serta memiliki tapetum, lapisan yang memantulkan cahaya kembali ke retina.
Pandangan sisi luas
apetum mampu menyesuaikan gelombang cahaya yang dilihat kucing sehingga mangsa atau objek yang sebelumnya berbentuk siluet dapat dilihat dengan lebih jelas.
Luas pandangan mata kucing pula mencapai sehingga 200 darjah, jauh lebih lebar berbanding manusia yang hanya 180 darjah. Ini bererti kucing tidak perlu memusingkan kepalanya untuk melihat objek yang terletak di tepinya atau di sudut luar pandangan mereka.
Kehebatan kucing melihat dalam gelap berkait denga n kema mpua n mereka di siang hari. Kucing sebenarnya kurang jelas melihat di siang hari dan terbatas mengenali warna.
Hal ini disebabkan cone cell atau sel penerima cahaya pada mata kucing jumlahnya lebih sedikit. Cone cell berperanan dalam penglihatan pada waktu siang.
Mata manusia memiliki sekitar tujuh juta cone cell atau 10 kali lebih banyak daripada kucing. Manusia 12 kali lebih baik dalam melihat dan mengesan gerakan pada siang hari berbanding kucing atau anjing.
Manusia mempunyai tiga jenis cone cell yang membantu melihat spektrum warna lebih luas dan fokus terhadap warna merah, hijau, dan biru.
Rabun jauh
Mata kucing juga mengandungi tiga jenis cone cell, namun jumlah dan peranannya berbeza. Hasilnya, kucing tidak mampu melihat warna yang sama seperti yang dilihat manusia secara umum.
Beberapa pakar menyatakan penglihatan kucing terbatas pada warna biru dan kelabu. Ada juga yang menyebut penglihatan kucing terhadap warna sama dengan anjing, namun corak dan bentuknya (gradation) lebih sedikit.
Anjing tidak boleh membezakan objek yang berwarna merah, kuning, hijau dan jingga, sementara ikan pula mampu mengesan dan melihat gelombang ultraviolet yang tak mampu dilihat manusia.
Uniknya, kucing ternyata mempunyai masalah rabun jauh. Manusia boleh melihat objek yang terletak 3060 meter secara jelas tetapi kucing tak dapat melihat objek dengan jelas pada jarak lebih daripada enam meter.
Ini kerana kucing tidak memiliki otot mata yang berfungsi mengubah lensa untuk mengenali objek pada jarak jauh. Selain itu, objek yang bergerak sangat perlahan masih dapat dikesan oleh manusia, namun bagi pandangan mata kucing, ia dilihat seperti tidak bergerak langsung.
Oleh Alzahrin Alias