SUSU
Makanan semulajadi yang sempurna kerana ia mengandungi banyak khasiat. Ia merupakan sumber utama kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber utama vitamin B yang memberi tenaga. Ia juga mengandungi mineral zink yang diperlukan untuk pembesaran yang normal bagi bayi dan kanak-kanak. Pilih hanya susu skim atau semi skim untuk elakkan bertambah berat badan. Pilih susu lemak berkrim jika anda ingin menambahkan berat badan.
AIR PUTIH
Ia tiada kalori, tiada kafein, tiada kolesterol dan tiada gula. Tiada yang lebih baik melainkan segelas air sejuk. Ia membersihkan sistem tubuh dan membantu tubuh menyerap vitamin dan mineral.
JUS OREN
Hanya secawan sudah memadai untuk keperluan vitamin C dan tubuh. Ia juga mengandungi sejumlah potasium yang berguna untuk mengekalkan tekanan darah yang normal dan membantu tubuh menyerap zat besi daripada makanan.
JUS LOBAK MERAH
Ia mengandungi sumber utama beta-karotin yang dipercayai boleh membantu mencegah beberapa jenis penyakit kanser. Tubuh juga berupaya menukarkan beta-karotin kepada vitamin A yang penting untuk mendapatkan penglihatan mata yang terang. Ia juga menjadi sumber fiber untuk membantu merendahkan kolesterol darah dan mencegah sembelit.
Obes punca kanser prostat berulang?
Obes punca kanser prostat?
Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS) mendapati, lelaki yang obes lebih cenderung mendapat penyakit kanser prostat berulang.
Seorang profesor madya dari Pusat Prostat, Pusat Perubatan Universiti Duke, AS, Dr. Stephen Freedland berkata, seramai 1,415 pesakit kanser prostat terlibat dalam kajian tersebut.
Rekod mereka yang telah menjalani prosedur prostektomi radikal itu turut dikaji. Hasilnya, faktor bangsa didapati tidak mempengaruhi sifat agresif sesuatu kanser, sebaliknya kadar indeks jisim tubuh (BMI).
"Kami mendapati kadar BMI yang lebih tinggi berkait rapat dengan peningkatan risiko penyakit kanser berulang. Lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat kulit putih dan kulit hitam," jelas Dr. Jayakrishnan Jayachandran, seorang pakar urologi onkologi.
Biarpun begitu, punca utama peningkatan risiko kanser prostat dalam kalangan masyarakat obes masih tidak diketahui. Saintis turut percaya bahawa perubahan paras hormon mungkin menjadi punca.
"Obesiti ada kaitan dengan lebihan estrogen dan kandungan testosteron yang kurang. Boleh jadi, paras testosteron yang rendah mendorong penghasilan lebih banyak tumor kanser yang agresif," tambahnya. - HealthDay

Langgan:
Catatan (Atom)