Home » » Khasiat Buah Pic, Info Buah Pic

Khasiat Buah Pic, Info Buah Pic

Khasiat Buah Pic, Info Buah Pic

Buah pic mempunyai rasa masam manis menjadikan buah pic kegemaran ramai sama ada dimakan begitu saja atau dimasukkan di dalam resipi kek, puding serta hidangan enak lain.

Buah itu atau nama saintifiknya, prunus persica, berasal dari China sebelum dikenali ramai melalui aktiviti perdagangan sejak zaman dahulu kala.

Ia buah yang sudah lama ada sejak berkurun lalu serta menjadi simbol kepada keabadian dan persahabatan.

Pokok pic boleh membesar setinggi tujuh meter hingga sembilan meter. Selain di China, ia kini banyak ditanam di Amerika Syarikat dan Eropah.

Pic boleh didapati dengan banyak apabila tiba musimnya iaitu sekitar Mei hingga September.

Buah yang bersaiz sebesar epal ini dan mempunyai warna merah jambu kekuningan mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan. Antaranya adalah:

1. Setiap biji pic mempunyai jumlah kalori yang rendah iaitu hanya 39 kalori bagi setiap 100gram pic, menjadikannya sebagai pilihan snek yang sihat bagi mereka yang gemar mengunyah. Ia mengenyangkan tanpa sebarang lemak.

2. Kaya dengan vitamin A, vitamin C, mineral dan antioksidan. Pengambilan pic secara konsisten boleh meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berjangkit dan radikal bebas.

3. Memiliki karotin yang membantu memelihara kesihatan mata, membran mukus dan kulit. Makan makanan tidak diproses yang kaya vitamin A juga mampu melindungi kesihatan paru-paru.

4. Kaya dengan potasium, fluorida dan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah. Fluorida penting untuk kekuatan tulang selain mengelak kerosakan gigi. Potasium adalah komponen penting bagi sel tubuh serta mempunyai peranan menyeragamkan degupan jantung serta tekanan darah.

5. Kaya dengan antioksidan dan flavonoid seperti lutein, zeaxanthin dan B-cryptoxanthin, yang berperanan membantu melawan radikal bebas serta penyakit.

6. Pic mampu melawan penyakit kardiovaskular kerana ia kaya dengan bahan phyto-kimia dikenali sebagai phenols.

7. Vitamin dan zat galian yang terkandung dalam pic mampu membantu penumbuhan semula tisu kulit.

8. Mengurangkan masalah keguguran rambut yang serius.

9. Mampu menghilang stres secara semula jadi.

10. Mengandungi selenium yang mampu melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, seterusnya memberi perlindungan daripada kanser.

11. Pic boleh membantu menyingkirkan cacing daripada usus. Selain itu, ia memberi kelegaan kepada perut meragam.

12. Ia juga membantu membersihkan buah pinggang dan pundi kencing kerana memiliki sifat diuretik. Ia juga bagus untuk mereka yang menderita sakit gout dan sakit sendi.

13. Bunga buah pic mempunyai sifat menenangkan. Ia boleh dimasukkan ke dalam air mendidih dan dicampur bersama madu untuk diminum.

14. Pic juga bersifat antimikrob dan antioksidan yang boleh menghalang aktiviti pertumbuhan tumor.



 
Chatroom