Home » » Biodata dan trivia Datuk Dr Fazley Yaakob

Biodata dan trivia Datuk Dr Fazley Yaakob

Biodata dan trivia Datuk Dr Fazley Yaakob

Biodata Profil Datuk Dr Fazley Yaakob

* Umur: 35

* Tarikh Lahir: 18 April 1978

* Tempat Lahir: Seremban, Negeri Sembilan

* Kerjaya: Pengarah Urusan Fazley International Production Sdn Bhd, Pengarah Urusan Fazley International Tradings Sdn Bhd, Perunding Motivasi, Penceramah Motivasi, Pengacara Televisyen, Ahli Perniagaan, Penyanyi, Pelakon dan Penulis

* Idola: Ibu dan Bapa

* Prinsip: Setiap permasalahan atau cabaran pasti ada penyelesaian asalkan kita berusaha mencari pendekatan terbaik.

* Pendidikan (antara institusi pendidikan pernah dimasuki):

- Jakarta International School, Indonesia (tadika)

- Vermont Avenue School, Los Angeles, Amerika Syarikat (sekolah rendah)

- Sekolah Rendah (SK) Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur (sekolah rendah)

- St Johns Institution, Kuala Lumpur (sekolah menengah)

- Melanjutkan pelajaran di Kolej Taylor's Kuala Lumpur; Victoria University of Wellington, New Zealand; Institute of Technology Australia (IOTA), Australia dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Datuk Dr Fazley Yaakob

Pencapaian:

- Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pentadbiran (BCA)

- Sarjana Pentadbiran Perniagaan

- Sarjana Doktor Falsafah Psikologi

- Juara Pertama Masterchef Selebriti Malaysia

- Duta untuk beberapa produk antaranya AVON Malaysia, Kamus Elektronik BESTA, Carrefour dan Cadbury.

Trivia Datuk Dr Fazley Yaakob

1 Selain menyanyi, beliau boleh bermain gitar dan organ sejak berumur enam tahun.

2 Menuntut di lima buah negara sejak tadika sehingga universiti iaitu Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia, New Zealand dan Australia.

3 Memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan muncul pelajar terbaik St Johns Institution, Kuala Lumpur.

4 Mudah mesra serta sangat peramah dengan orang sekeliling sejak kecil termasuk penjual roti bermotosikal yang berhenti di hadapan rumah dan sikap itu diwarisi anak sulungnya, Ahmad Faredz.

5 Aktif dalam kegiatan kokurikulum sepanjang bersekolah antaranya syarahan, debat, pidato diraja kebangsaan, bola tampar, tae kwan do. Kenangan manis beliau apabila menjadi juara Pertandingan Syarahan Anti-Dadah Peringkat Negeri.

7 Pengalaman dilanggar kereta di hadapan sekolah apabila menyelamatkan kawan daripada dilanggar sehingga mengalami kecederaan di kaki merupakan kenangan pahit yang pernah dialaminya.

8 Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat, selain kasih sayang dan perhubungan cukup rapat yang akan dikekalkannya dalam membesarkan anakanak.

9 Isteri beliau, Puan Azrene bukan sahaja cekap memasak hidangan Negeri Sembilan yang dipelajari daripada ibu Dr Fazley, malah mahir membuat kek untuk tempahan dan menjahit cadar tampal.

10 Jika memberikan motivasi di luar ibu negara, beliau akan meminta isteri mengingatkan anak-anak jangan tidur sehingga beliau pulang untuk bertemu kerana itu yang dilakukan bapanya terhadap beliau dan adik-beradik.



 
Chatroom