Sinopsis Filem Tiran Mati Di Ranjang
Filem Tiran Mati Di Ranjang mengisahkan misteri sekeping tilam berpuaka yang dibeli Gugun (Indra L Bruggman) dan Suzana (Dewi Perssik) dari sebuah kedai perabot.
Tilam yang menyimpan kisah kematian seorang gadis ketika melahirkan anak luar nikah itu seolah-olah bernyawa dan dihuni roh gadis itu yang mahu menuntut bela ke atas penjaga asrama yang enggan bertanggungjawab, Pak Dayat.
Pelbagai kejadian aneh berlaku dan Suzana sering melihat kelibat anak kecil yang cuba memberitahu sesuatu kepadanya. Melihat perubahan pelik yang berlaku pada Suzana, Gugun mula mengesyaki ia disebabkan tilam, namun dia gagal memusnahkannya kerana dihalang roh yang menghantui tilam itu.
Seperti biasa, watak hantu yang ditonjolkan juga tidak jauh beza dengan mana-mana kelibat hantu secara fizikal di seluruh Asia, berambut panjang lurus, berjubah putih dan berkuku panjang.
FILEM: Tiran Mati Di Ranjang
ARAHAN: Arie Azis
PELAKON: Dewi Perssik, Indra L Bruggman, Ayu Dewi dan Zuzana Chang
GENRE: Seram
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari