Home » » Tanda Kemurungan Kalangan Lelaki, Perempuan, Kanak-kanak

Tanda Kemurungan Kalangan Lelaki, Perempuan, Kanak-kanak

Tanda Kemurungan Kalangan Lelaki, Perempuan, Kanak-kanak

Penyakit kemurungan atau dikenali sebagai depresi dapat dilihat melalui perubahan mood, emosi, kelakuan, kognitif, hubungan intim, rutin tidur serta fizikal seseorang.

Tanda Kemurungan Kalangan Lelaki

Simptom depresi atau kemurungan dalam kalangan lelaki adalah seperti berikut:

Mood: kemarahan, keagresifan, kerengsaan, kebimbangan, keresahan

Emosi: rasa kekosongan, sedih, putus harapan

Kelakuan: hilang minat, tidak lagi berasa seronok dalam aktiviti kegemaran, mudah rasa letih, terfikir untuk bunuh diri, minum secara melampau, penggunaan dadah, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berisiko tinggi

Hubungan intim: nafsu menurun, kurang melakukan aktiviti persetubuhan

Kognitif: ketidakupayaan untuk fokus, kesukaran menyiapkan tugasan, respon yang lambat ketika berbual

Tidur: insomnia, gangguan ketika tidur, rasa mengantuk berlebihan, tidak dapat tidur malam

Fizikal: keletihan, kesakitan, sakit kepala, masalah penghadaman

Source: Tumblr

Tanda Kemurungan Kalangan Wanita

Simptom depresi atau kemurungan dalam kalangan wanita adalah seperti berikut

Mood: kerengsaan

Emosi: rasa sedih atau kosong, cemas atau putus harapan

Kelakuan: hilang minat dalam kegiatan yang dilakukan, menjauhkan diri, terfikir untuk bunuh diri

Kognitif: berfikir atau bercakap lebih lambat

Tidur: kesukaran tidur malam, terjaga awal, tidur terlalu lama

Fizikal: tenaga berkurangan, keletihan melampau, perubahan selera makan, berat badan, sakit-sakit, sakit kepala, meningkatkan kekejangan


Tanda Kemurungan Kalangan Kanak-Kanak

Simptom depresi atau kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:

Mood: kerengsaan, kemarahan, mood berubah, menangis

Emosi: perasaan ketidak cekapan (contohnya; "Saya tidak boleh melakukan sesuatu yang betul") atau berputus asa, menangis, kesedihan melampau

Kelakuan: mengalami masalah di sekolah atau tidak mahu ke sekolah, mengasingkan diri daripada rakan atau adik-beradik, fikirkan kematian atau bunuh diri

Kognitif: kesukaran untuk fokus, kemerosotan prestasi pembelajaran, perubahan dalam gred

Tidur: sukar tiduratau tidur terlalu lama

Fizikal: kehilangan tenaga, masalah penghadaman, perubahan selera makan, kehilangan atau penambahan berat badan


Ambil tahu untuk setiap perubahan yang berlaku pada orang yang anda sayangi. Jika terdapat gejala ini, cuba dekati mereka. Cakap secara baik, bersangka baik dan cuba bantu semampu yang anda boleh. Jika tidak mampu dilakukan secara perbualan depan-depan, kirimkan teks menerusi aplikasi WhatsApp atau mesej ringkas. Jangan sesekali berasa putus asa untuk membantu mereka kerana golongan seperti ini memang akan menjauhkan diri dan tidak mahu dibantu


Jika anda sudah mencuba dan tidak berdaya, lantik atau hubungi pakar untuk membantu. Jangan biar atau tinggalkan mereka begitu sahaja, bertindak sebelum terlambat



 
Chatroom