Home » » Penyusuan Dalam Islam

Penyusuan Dalam Islam

Penyusuan Dalam Islam

Penyusuan dikenali dengan Ridha’ atau Radha’ dan dimaksudkan dengan Radh’an, Ridha’an, dan Radha’an iaitu menghisap susu, Ardha’ah dengan maksud menyusu bayi.

Pada istilah syarak ialah nama untuk susu wanita atau apa yang terhasil daripada susunya dalam perut bayi dengan syarat-syaratnya.

Al-Qurtubi berkata: “Ini menunjukkan bahawa anak apabila masih menyusu maka ibu berhak dalam hadhanahnya lebih daripada bapa”. Lihat Al-Jami’Li Ahkam al-Quran.

Daripada ayat ini menunjukkan kewajaran ibu untuk menyusukan anaknya, kecuali ulama khilaf dari segi siapa yang sepatutnya ditaklifkan bapa atau ibu.

Bagi menyebabkan anak susu dan ibu susu mengambil hukum mahram terdapat tiga rukun iaitu penyusu, anak yang menyusu dan susu itu sendiri.

Pendapat ulama, bagi penyusu mempunyai beberapa syarat iaitu seorang wanita, justeru susu lelaki ia tidak termasuk begitu juga susu haiwan, contohnya dua kanak-kanak yang diberi susu daripada lembu yang sama tidaklah dianggap saudara susu kerana kaedah ‘pengharaman saudara adalah cabang daripada pengharaman ibu dan tidak tersabit pengharaman ibu dengan penyusuan justeru persaudaraan lebih aula.

Mazhab Hanafi dan Syafie mensyaratkan perempuan boleh bersalin iaitu sudah akil baligh, jika kanak-kanak perempuan sudah ada susu namun tidak dikira.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan



 
Chatroom