Home » » Sinopsis Filem Barajiwa lakonan Remy Ishak

Sinopsis Filem Barajiwa lakonan Remy Ishak

Sinopsis Barajiwa

Kesalahan yang pernah dilakukan Firman membawa dia ke penjara! Tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan kea rah haluan hidup yang baru. Trisya pula sama seperti gadis lain yang ingin dicintai tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Free! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. BARAJIWA menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.

4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab di mana mereka dan kawan-kawan yang lain mempelajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora, seorang yang amat memahami jiwa remaja seperti mereka.



Kemunculan Pinto, sahabat baik Firma masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal; ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!

BARAJIWA adalah sebuah filem aksi berkisar tentang anak muda arahan pengarah terkenal Osman Ali. Barajiwa akan diolah dengan dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan dan disuntik dengan elemen romantik yang membuai perasaan.

Tema filem BARAJIWA ialah perjuangan, persahabatan dan cinta yang suci.

BARAJIWA akan dilakonkan oleh pelakon kacak Remy Ishak. Turut menggandingkan Diana Danielle(Trisya), Nadia Nissa(Lara), Fizz Fairuz(Freez), Bront Palarae(Pinto) dan Mislina Mustafa(Kak Pora). Filem itu turut dibantu pendatang baru layar perak,

Bakal menelan belanja RM1.5 juta, filem BARAJIWA bakal memulakan penggambaran minggu hadapan di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.



 
Chatroom