Home » » Sinopsis drama Roh Kembali TV3

Sinopsis drama Roh Kembali TV3

Sinopsis Slot Seram TV3– ROH KEMBALI


Sebuah drama bersiri terbitan JS Pictures dengan pengarah berkaliber Jinggo kembali menggegarkan slot seram di TV3 dengan sebuah drama yang pastinya menggamit perasaan penonton.

Roh Kembali mengisahkan sebuah rahsia yang tidak terungkap. Zaidi hidup mewah dengan menjalankan perniagaan sendiri.

Isterinya, Zahirah tidak bekerja kerana Zaidi mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga. Anaknya, Ehsan bijak dan rajin belajar. Mereka mesra, berbudi bahasa dan disukai jiran tetangga.

Namun, Zaidi tidak pernah tenang. Dia dihantui oleh ‘roh’ orang yang telah mati. Tiada siapa tahu termasuk isterinya bahawa dia terjebak dalam satu sindiket jenayah terancang yang dinaungi Taukeh Boon.

‘Roh’ berkenaan adalah roh perempuan Cina, Lillian Chan yang dibunuh atas arahan Taukeh Boon. Lakonan mantap oleh Fizz Fairuz, Rozie rashid, Zamarul Hisyam, Sheila Rusly, Lisdawati, Razak AhmadRoh Kembali akan bersiaran pada 20 Mei 2010 setiap Khamis 9.30 malam.



 
Chatroom