Home » » Panduan kebersihan tangan

Panduan kebersihan tangan

Panduan kebersihan tangan

Tangan adalah anggota badan yang perlu sentiasa ditititikberatkan terutama sekali dalam bab kebersihan. Ini adalah kerana kuman amat suka melekat di tangan disebabkan aktiviti kita yang kerap menggunakan tangan.

Di bawah ini garis panduan mudah untuk menjaga kebersihan tangan.

1. Pastikan tangan dicuci bersih sebelum memegang dan menjamah makanan.

2. Gunakan pencuci tangan setiap kali membasuh tangan.

3. Cara cuci tangan yang betul, garu secara lembut tapak tangan dan bahagian atas tangan seketika, kemudian bilas dengan air.



4. Lap tangan dengan kain bersih.

5. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek kerana kuman mudah melekat atau membiak pada bahagian celah kuku.

6. Untuk mendisiplinkan anak membasuh tangan, ibu bapa boleh mendidik anak amalkan langkah semudah satu, dua dan tiga ketika mereka membasuh tangan.

Langkah satu, gunakan buih pembersih; langkah dua, berus atau garu secara lembut bahagian tapak dan atas tangan serta langkah tiga, bilas. Teknik bilangan ini tentu memudahkan anak mengingati rutin positif ini

Senang bukan? Pastikan kebersihan tangan anda terjaga ok.



 
Chatroom