Home » » Negara yang pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia

Negara yang pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia

Negara yang pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia

Kejohanan Piala Dunia 2014 merupakan kali kedua diadakan di Brazil. Mari kita saksikan senarai negara yang pernah menjadi tuan rumah bagi kejohanan itu sejak diadakan pada tahun 1930.

1930: Uruguay


Piala Dunia pertama menyaksikan Uruguay sebagai tuan rumah yang disertai 13 buah pasukan dari Eropah dan Amerika. Pada perlawanan itu, Uruguay muncul sebagai johan apabila menewaskan Argentina dengan jaringan 4-2.

1934: Itali

Buat pertama kalinya pusingan kelayakan diperkenalkan dan Piala Dunia kedua ini disertai oleh 32 buah pasukan. Itali muncul sebagai johan apabila menewaskan Czechoslovakia 2-1 pada perlawanan akhir.

1938: Perancis

Berikutan marah dengan keputusan Piala Dunia diadakan dua kali berturut-turut di Eropah, Argentina dan Uruguay mengambil keputusan memboikot perlawanan berkenaan. Itali sekali lagi muncul sebagai johan menewaskan Hungary dengan 4-2 jaringan.

1942/1946: Piala Dunia dibatalkan disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua.

1950: Brazil

Selepas 12 tahun, Piala Dunia kali keempat kembali ke Amerika Selatan dengan memilih Brazil sebagai tuan rumah. Bagaimanapun Brazil gagal meraih gelaran johan apabila tewas kepada Uruguay dengan jaringan 2 berbalas 1.

1954: Switzerland

Buat pertama kalinya Piala Dunia dipancarkan secara langsung menerusi televisyen. Perlawanan akhir menyaksikan Jerman Barat menewaskan Hungary dengan 3-2.

1958: Sweden

Perlawanan kali keenam ini diadakan pada 8 hingga 29 Jun 1958. Walaupun diadakan di Eropah, kemenangan tetap berpihak kepada Brazil yang menewaskan Sweden dengan 5-2 jaringan.

1962: Chile

Kejohanan kali ini menyaksikan kemenangan Brazil dua kali berturut-turut selepas 1958 menewaskan Czechoslovakia dengan jaringan 3-1. Menariknya, jadual Piala Dunia terpaksa dipinda akibat berlakunya gempa bumi pada 22 Mei 1960. Keadaan itu, sekali gus menyebabkan beberapa lokasi perlawanan berlangsung terpaksa dibatalkan akibat kerosakan stadium.

1966: England

Kemenangan England mengalahkan Jerman Barat dengan 4 gol berbalas 2 mencatat sejarah sebagai tuan rumah yang turut memegang gelaran juara. Sebelum itu dipegang oleh Itali pada tahun 1934.

1970: Mexico

Kejohanan pertama yang diadakan di luar Eropah dan Amerika Selatan sekali gus menyaksikan kemenangan Brazil untuk kali ketiga menentang Itali dengan jaringan 4-1.

1974: Jerman Barat

Piala Dunia kali ini mencatat sejarah tersendiri dengan memperkenalkan trofi Piala Dunia yang baharu menggantikan trofi Jules Rimet dengan reka bentuk lebih moden yang masih digunakan hingga ke hari ini. Jerman Barat selaku tuan rumah berjaya menewaskan Belanda dengan jaringan 2-1.

1978: Argentina

Piala Dunia ke-11 menyaksikan kemenangan pertama Argentina sebagai gergasi bola sepak menewaskan Belanda dengan 3-1.

1982: Sepanyol

Itali merampas piala kemenangan kali ketiga selepas kali pertama memenanginya pada 1934. Kejohanan itu juga menyaksikan pemain Itali Paolo Rossi dinobatkan sebagai penjaring terbanyak (6 gol ) dan pemain terbaik.

1986: Mexico

Mexico menjadi tuan rumah selepas Columbia menarik diri akibat kegawatan ekonomi pada tahun tersebut. Piala Dunia 1986 menyaksikan Argentina merangkul piala kemenangan menentang Jerman Barat dengan 3-2 jaringan.

1990: Itali

Digelar sebagai kejohanan hambar ekoran beberapa insiden antaranya purata jaringan gol 2.21 gol bagi setiap perlawanan dan 16 keping kad merah dikeluarkan termasuk pemecatan pertama pada pusingan akhir. Acara kali ke-14 itu dimenangi Jerman Barat mengalahkan Argentina dengan 1 gol tanpa balas.

1994: Amerika Syarikat


Kejohanan paling berjaya pernah direkodkan dengan kehadiran 3.6 juta penonton dan paling tinggi dalam sejarah Piala Dunia. Brazil sekali lagi membuktikan kehebatan dengan menewaskan Itali dengan 3-2 mata.

1998: Perancis

Sebanyak 32 pasukan bersaing pada peringkat akhir berbanding hanya 24.

Perancis selaku tuan rumah berjaya mengalahkan Brazil dengan 3-0 mata.

2002: Korea Selatan-Jepun

Buat julung kalinya Piala Dunia diadakan di Asia dan mencipta sejarah apabila dua buah negara; Korea Selatan dan Jepun bergabung sebagai tuan rumah.

2006: Jerman

Piala Dunia kali ke-18 berjaya menarik 26.29 bilion penonton menerusi siaran perlawanan di televisyen di seluruh dunia dan seramai 715.1 juta penonton pada perlawanan akhir. Sekali lagi, Itali merebut takhta juara dengan menewaskan Perancis 5-3 mata menerusi sepakan penalti.

2010: Afrika Selatan

Piala Dunia pertama diadakan di Benua Amerika dan menyaksikan Sepanyol mengalahkan Belanda 1-0 dengan 14 keping kad kuning dikeluarkan.



 
Chatroom