Makanan Yang Tiada Tarikh Luput

Makanan Yang Tiada Tarikh Luput

Boleh dikatakan semua makanan ada tarikh luput. Namun ada juga beberapa makanan yang tiada atau hampir tiada tarikh luput. 5 jenis makanan ini paling berbaloi dan selamat jika disimpan sekiranya berada dalam keadaan darurat dan sebagainya. Tetapi mengapa makanan ini tiada tarikh luput?

1. Beras putih

Para penyelidik mendapati bahawa putih akan mengekalkan kandungan nutrien dan rasa selama 30 tahun apabila disimpan di dalam bekas yang bebas oksigen dalam suhu di bawah 40 darjah Fahrenheit.

2. Madu


Madu adalah satu-satunya makanan yang benar-benar kekal selamanya, terima kasih kepada kimia ajaib yang ada didalamnya dan hasil lebah!

3. Garam

Sodium clhoride yang ada adalah dari dalam bumi yang menjadikannya kekal lama.

4. Sos soya


Kalau tak dibuka botolnya kicap soya boleh tahan sangat lama. Tapi kalau dah dibuka dan disimpan dalam peti ais ia akan tahan hingga bertahun-tahun.

5. Gula

Seperti makanan yang lain. Kaedah penyimpanan yang anda gunakan untuk gula anda menentukan sama ada atau tidak anda boleh menyimpannya selama-lamanya. gula tepung dan pasir adalah yang terbaik disimpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapannya.

6. Susu Tepung

Rasanya mungkin tak lah sesedap dan baik mana. Tetapi salah satu daripada sebab utama bahawa susu tepung wujud adalah kerana ia tahan lebih lama. Ia juga adalah lebih mudah diangkut dan disimpan daripada susu segar

Oleh: Aimi Nordin

Sumber: mentalfloss

 
Chatroom