Home » » Sinopsis Ulek Mayang slot Lagenda TV3

Sinopsis Ulek Mayang slot Lagenda TV3

Sinopsis Drama Ulek Mayang


Ulek Mayang yang diadaptasikan daripada mitos popular rakyat tempatan bakal menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Khamis, mulai Oct 25, 2010 , jam 4.30 petang.

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda, tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri. Semakin lama, bayangan Puteri itu kian menghantui hidupnya.

Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat berasakan kehadiran Puteri dalam mimpinya. Bilik tidurnya juga dipenuhi dengan bauan wangi. Ibunya, Mariam (Mariani Ismail) risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari saling jatuh hati.

Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali), yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali, memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk ketika acara itu diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?



Affiliates

 
Chatroom