Home » » Biodata Profil Amy Search

Biodata Profil Amy Search

Biodata Profil Amy Search

Nama penuh: Suhaimi bin Abdul Rahman
Nama komersial: Amy Search
Tarikh Lahir: 28 Julai 1958
Asal: Kg Bakar Batu, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Amy Search adalah ayah kepada pelakon hebat Nabila Huda

Pencapaian: Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album AIM ke-2 (1995), Album Rock Terbaik AIM ke-5 (1998), Album Rock Terbaik AIM ke-7 (2000), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album AIM ke-8 (2001) & banyak lagi. Amy menjuarai mentor ke-2 (2006) bersama protege beliau, Fiq.



Biodata Profil Amy Search

Pheewittt!! – Siulan itu sahaja sudah cukup sebagai pengenalan kepada individu terkenal ini.

Berstatuskan lagenda rock negara, nama Amy Search begitu kukuh dalam persada seni tempatan malah disegani serta menjadi idola kepada kebanyakan artis baru. Awalnya, pemilik nama penuh Suhaimi bin Abdul Rahman ini menampung hidup sebagai penala piano sebelum peluang keemasan jatuh di riba - tawaran menjadi ‘frontman’ sebuah kumpulan rock yang diberi nama Search.

Siapa sangka kumpulan yang mulanya beraksi di kelab-kelab malam berjaya melakar sejarah unggul dalam industri muzik tempatan. Memiliki lebih 20 album, setiapnya terkandung karya-karya malar segar yang masih menjadi siulan remaja masa kini. Siapa yang tidak kenal lagu-lagu seperti “Rozana”, “Fantasia Bulan Madu”, “Isabella”, “Gothik Malam Edan”, “Fenomena”, “Pawana”, “Mentari Merah Di Ufuk Timur”, “Pelesit Kota”?

Kejayaan Search di bidang muzik dilanjutkan ke layar perak melalui filem ‘Fenomena’ yang dibintangi Ramona Rahman dan Datuk M Nasir, serta ‘Isabella’, sebuah usahasama Malaysia-Indonesia, yang menampilkan Amy sebagai teraju utama di samping Nia Zulkarnaen. Pasti ramai teringatkan kontroversi yang tercetus akibat adegan cumbuan antara Amy dan Nia.

Kegemilangan yang diraih Search mula terjejas sekitar tahun 1996 apabila Amy mengambil keputusan mengejut untuk mengundur diri dan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo. Ekoran dari album solo pertamanya, ‘Magic’ yang dikeluarkan pada tahun 1994 ketika dia masih bersama Search, Amy tampil dengan album ‘Camouflage’ (1997).

Bagaimanapun, sudah tertulis dalam sejarah Search yang perjalanan mereka tidak akan berakhir begitu sahaja. Selepas dibubarkan pada tahun 2001, Amy terpanggil untuk menghidupkan semula Search. Bersama Hamzah Mohd Taib, Noordin Taib, Nasir Daud dan Lola, Amy mengadakan konsert reunion di Stadium Merdeka pada tahun 2004.

Selain dipilih menjadi pembimbing bagi program realiti Mentor 2, Amy juga pernah bergelar pengetua Akademi Fantasia musim ke-9.

Buat peminat Amy yang ingin mengetahui satu persatu kisah hidupnya, ayah kepada Nabila Huda ini mendedahkan sedang menyiapkan buku biografi setebal 400 muka surat.



 
Chatroom