Home » » Tanda-tanda awal diabetes jangan diabai

Tanda-tanda awal diabetes jangan diabai

Tanda-tanda awal diabetes jangan diabai

Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya sehinggalah lebih kurang sebulan yang lalu apabila ayahnya, Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun, kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong.

Ayahnya telah didiagnosis dengan diabetes 15 tahun yang lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat diabetes dengan simptom seperti rasa kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kakinya. Tahukah anda bahawa hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? Adakah anda juga mengalami simptom yang sama seperti yang dialami oleh ayah Hana?

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf yang biasa ini, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: 'neuro' yang merujuk kepada saraf dan 'pati' iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain. Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda - tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf. Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka - seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama adalah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada pada julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah. Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya simptom-simptom akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan glukos dalam darah yang baik juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah-masalah yang selanjutnya.

Saintis Jepun telah mendapati bahawa saraf yang rosak boleh dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali sebagai mecobalamin atau metilkobalamin - satu bentuk vitamin B12 yang aktif.

Mecobalamin - vitamin B12

Mecobalam ini alah satu bentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi. Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan sianokobalamin, bentuk B12 yang tidak aktif, kepada mecobalamin kerana ia telahpun aktif secara oral.

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan oleh mekanisma unik yang berbeza daripada terapi yang ada sekarang. Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati periferal. Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menggalakkan saraf-saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf.

Tanyalah ahli farmasi anda hari ini tentang jenama yang dipercayai bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf periferal anda yang rosak. Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes dan amputasi selanjutnya.

Artikel ini disumbangkan oleh Live-well Nutraceuticals, untuk maklumat lanjut, sila rujuk ahli farmasi anda atau hubungi Live-well INFOline: 03-6142 6570 atau e-mail info@livewell2u.com



 
Chatroom