Home » » Biodata Profil Zainal Abidin

Biodata Profil Zainal Abidin

Biodata Profil Zainal Abidin

Nama penuh: Zainal Abidin Mohamad
Nama pentas: Zainal Abidin
Tarikh lahir: 4 November 1959
Asal: Johor Bahru
Adik beradik: Anak ke-5 daripada 10 adik beradik

Pencapaian

Anugerah Artis Muda Berbakat di Festival Golden Kite Song 1986
Artis Paling Popular (ABP) 1991
Anugerah Emas di Festival Muzik Tokyo 1991
Album terbaik AIM 1995
Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album di Anugerah Industri Muzik 2005

Zainal Abidin pernah berkahwin dengan Natasya Gabriel Abdullah bernikah pada 24 Mac 1987 dikurniakan sepasang cahayamata, Mikhail dan Timur.



Siapa yang tak kenal lagu “Hijau”? Setiap kali ada kempen kebersihan, sayangi bumi dan sebagainya, lagu tersebut sering dimainkan dan menjadi lagu tema. Namun, bukan lagu tersebut yang ingin dibicarakan disini. Sebaliknya pelantun lagu tersebut, Zainal Abidin.

Zainal Abidin Mohamad dilahirkan pada 4 November 1959. Anak jati Johor Bahru ini sering menghasilkan muzik yang unik, yang dikenali sebagai Afro-Asian. Muzik ini membawa pembaharuan dalam industri hiburan tanahair dan menjadi bunyi signatur Zainal.

Mula dikenali sejak menyertai kumpulan Headwind sebagai vokalis, Zainal sememangnya berjaya memukau peminat dengan suaranya menerusi lagu-lagu seperti “Suraya”, “Camar Putih” dan “Hanya di Radio”.

Demi mengembangkan kerjaya seninya, Zainal meninggalkan Headwind dan mencari hala tuju muzik yang menjadi kegemarannya. Pada tahun 1992, Zainal menyertai Roslan Aziz Production (RAP) dan menghasilkan album solo.

Kejayaan Zainal cukup banyak untuk disenaraikan satu persatu. Yang paling penting, album Zainal berjudul ‘Gamal’ yang dikeluarkan pada tahun 1994. Menampilkan beberapa pemuzik antarabangsa seperti legenda Amerika Paul Simon, gitaris Randy Bernsen, gitaris bass Armand Sabal-Lecco dan Steve Thornton, album yang melihat Zainal memikul tanggungjawab sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit, diiktiraf sebagai bertaraf dunia. Malah ia berjaya menembusi pasaran Australia, Brazil, Jepun, Perancis, Indonesia, Amerika dan Sweden.

Ekoran kejayaan ‘Gamal’ dan album ‘Terang’, Zainal dijemput pemuzik ternama Phil Collins untuk menyanyikan komposisinya yang telah dihasilkan khas untuk filem animasi ‘Tarzan’ (1999).

Walaupun mempunyai pengalaman yang banyak, Zainal tak lokek berkongsi ilmu. Menerusi program Mentor musim pertama, Zainal telah mendidik Pija sehingga gadis itu berjaya dinobatkan sebagai juara.



 
Chatroom