Home » » Sinopsis Drama 8 Bulan

Sinopsis Drama 8 Bulan

Sinopsis Drama 8 Bulan



Linda seorang yang obsesif-kompulsif, tegas dalam pendiriannya dan tahu apa yang dimahukan. Berbeza sekali dari Faizal.

Faizal seorang yang suka bersahaja. Hobinya mengumpul barangan mainan robot. Namun begitu, mereka pasangan yang memang padan, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan sendiri.

Bertugas di pejabat yang sama, Linda memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran. Faizal pula, meskipun lebih cenderung kepada perniagaan, hanya bergelar pereka grafik.

Sebagai seorang wanita yang pentingkan kerjaya, Linda tidak mahu menjadi seperti kakaknya, Nisa. Nisa telah berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dua orang anaknya.

Seringkali mendengar aduan Nisa tentang anak-anaknya yang sukar dikawal, Linda berterima kasih dia tidak mempunyai cahaya mata. Berlainan pula Faizal, yang memang mendambakan seorang anak.

Kerjaya Linda mencatat satu lagi peningkatan apabila dia diberi peluang untuk menggantikan tempat seorang pengurus kanan yang sarat mengandung, dan akan berhenti kerja tidak lama lagi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagaimanapun, kegembiraan Linda tidak berpanjangan bila disahkan mengandung. Ini kerana bos-nya tidak menyukai wanita mengandung bekerja di syarikatnya.

URL: http://www.tv3.com.my/8bulan



 
Chatroom