Percutian ke kawasan pergunungan memang mengasyikkan. Cuaca pergunungan yang sejuk dan nyaman membuat fikiran menjadi tenang.
Memanfaatkan cuti hujung minggu untuk melihat matahari terbit, mendaki gunung atau melihat pemandangan yang memukau dan indah di kawasan pergunungan pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis.
Namun, sebelum ke sana, sediakan persiapan dahulu.
Berikut beberapa panduan boleh digunakan ketika bercuti di kawasan pergunungan.
Pelembap bibir. Suasana kawasan pergunungan yang sejuk dan berudara kering boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Untuk menghindarinya sebaiknya gunakan pelembap bibir atau lip balm. Selain melembapkan, ia membuat kulit bibir segar.
Selendang dan jaket. Gunakanlah selendang dan jaket daripada bahan yang tebal untuk melindungi tubuh dari kesejukan udara pergunungan.
Pelembap wajah. Ia sangat penting untuk menghindari kulit kering dan mengelupas akibat perubahan cuaca.
Balsam. Lindungi tubuh dari udara sejuk dengan balsam atau bahan-bahan yang dapat menghangatkan tubuh anda.
Penutup telinga. Cuaca di kawasan pergunungan terkadang membuat telinga berdengung dan terasa sakit. Justeru, penggunaan penutup telinga adalah langkah terbaik supaya pendengaran tidak terganggu dan telinga terasa lebih selesa.
Ubat antimabuk. Perjalanan jauh ke kawasan pergunungan boleh membuat perut mual. Justeru, makan ubat anti mabuk sejam sebelum perjalanan supaya tubuh bersedia menempuh perjalanan yang panjang.
Aromaterapi. Dengan wangian yang dapat menenangkan fikiran, anda dapat menikmati indahnya panorama pergunungan yang lebih mendamaikan.
Kamera. Jangan lupa membawa benda yang satu ini, kerana gambar pergunungan yang indah dan sejuk perlu diabadikan.
Makanan. Bekalan makanan yang secukupnya ini jangan sampai ketinggalan. Masukkan terus ke dalam beg. Selain makanan, bawa juga minuman yang dapat memanaskan badan.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...