Home » » Sinopsis drama Amukan Pocong

Sinopsis drama Amukan Pocong

Amukan

Sinopsis Amukan Pocong

Drama seram Amukan Pocong mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi yang kemaruk dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan ‘alamat’ nombor ekor untuk menang wang menggunakan cara mudah. Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu.

Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah ‘memakan diri’ menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehinggakan terpaksa menanggung akibat menjadi pocong yang digeruni semua penduduk kampung!

Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan akibat dorongan perasaan tamak haloba. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama AMUKAN POCONG menerusi slot Seram di TV3, setiap hari Khamis jam 9.30 malam mulai 15 Mac 2012. Penonton yang terlepas menyaksikan AMUKAN POCONG boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama AMUKAN POCONG.



 
Chatroom