Simptom kaki atlet
Siapa yang mengalami kaki atlet pasti akan merasa rimas terutama apabila simptomnya seperti rasa pedih dan gatal melanda tidak kira masa.
Sebenarnya dari sudut perubatan moden pun kaki atlet merupakan sejenis jangkitan yang sukar sembuh. Ia kerana jangkitan semula (reinfection) kulat dikenali sebagai tinea pedis dikatakan mudah berlaku.
Orang dahulu mempercayai jari kaki yang rapat mencegah sinaran cahaya matahari dan ini menyebabkan ulat air mudah membiak. Istilah ‘ulat air’ digunakan sesetengah orang kerana mereka tidak tahu kaki atlet sebenarnya berpunca daripada pembiakan kulat.
Sudah tentu kebanyakan orang awam terutama yang kurang pendedahan kepada ilmu kesihatan mendapati sukar untuk menerima kaki atlet berpunca daripada jangkitan kulat.
Ini mungkin kerana mereka mendapati simptom kaki atlet iaitu kulit bahagian yang dijangkiti berwarna putih dan berasa gatal terutama setiap kali kaki lembap atau terendam dalam air pada tempoh yang panjang, maka mereka mengatakan punca penyakit dialami daripada ulat air!
Kulat tinea pedis mudah membiak di tempat yang agak panas dan lembap. Ia dikatakan terdapat di tempat permandian awam seperti bilik mandi awam, kolam mandi berbumbung, kelab kesihatan dan bilik penyimpanan barang (locker rooms).
Kaki yang tersentuh kasut, stoking, lantai lembap atau barang senaman yang mengandungi kulat tinea pedis dikatakan sebagai punca utama penyebarannya.
Pembiakan tinea pedis
Kulat tinea pedis bukan sahaja membiak di celah jari-jari kaki malah membiak pada tapak kaki dan bahagian atas kaki. Selain itu ia juga membiak pada kuku. Sebahagian orang mengenali jangkitan kulat pada kuku kaki terutama biasa dialami pada ibu jari kaki sebagai cagu.
Kuku kaki yang mengalami cagu akan mengalami simptom yang merimaskan penghidap iaitu bengkak, ‘isi’ (mungkin koloni tinea pedis) berwarna kekuningan di bawah permukaan kuku, berasa sakit serta menerbitkan bau yang tidak menyenangkan. Pembiakan tinea pedis kronik yang dialami selama bertahun-tahun akan menyebabkan kuku kaki rosak dan kelihatan hodoh. Tapak kaki yang mengalami pembiakan tinea pedis pula akan menjadi tebal, bersisik atau berlubang. Kikisan dan siraman air panas tidak akan membantu membunuh tinea pedis sepenuhnya.
Langkah-langkah mengelakkan daripada jangkitan dan menghindar pembiakan berterusan tinea pedis adalah dengan memakai stoking diperbuat seratus peratus kapas kerana ia dikatakan mudah menyerap lembapan berbanding dengan fabrik campuran.
Jika aktiviti harian atau sukan menyebabkan stoking mudah lembap maka tukarlah kepada stoking kapas lain yang bersih dan kering.
Penghidap kencing manis yang tidak mengawal paras gula dikatakan membantu pembiakan tinea pedis. Maksudnya simptom yang sedang dialami akan menjadi lebih teruk.
Seseorang yang tidak mengalami kencing manis tetapi kerap makan makanan tinggi gula juga dipercayai membantu pembiakan tinea pedis. Makanan tertentu seperti sotong, belacan dan udang juga dikatakan memburukkan simptom kaki atlet yang sedang dialami.
Antara langkah untuk meredakan pembiakan tinea pedis adalah menggunakan bahan anti-kulat alternatif. Kikis bahagian yang dijangkiti kulat tinea pedis yang membiak di celah jari kaki dengan berus gigi lama. Kemudian gunakan putik kapas untuk menyapu minyak angin yang biasa digunakan di rumah untuk menghilangkan sakit kepala atau sakit perut.
Minyak kayu putih (cajeput) dan minyak tea tree dikatakan membantu membunuh tinea pedis. Sebahagian besar orang menganggap esucalyptus sebagai minyak kayu putih namun cajeput (sebutan ka-ye-put) adalah minyak kayu putih yang sebenar.
Minyak cajeput merujuk kepada minyak esen yang diekstrakkan daripada daun pokok gelam (melaleuca cajuputi).
Di Malaysia, pokok gelam hidup subur di kawasan paya.
Merendam kaki dengan air suam yang mengandungi garam gunung Himalaya dan cuka epal dipercayai dapat membunuh dan sekali gus mencegah pembiakan tinea padis. Larutan air mengandungi bahan tersebut juga boleh disembut pada bahagian kaki yang mengalami pembiakan tinea pedis selepas mandi. Kemudian pastikan anda mengeringkan bahagian kaki yang disemburkan sepenuhnya. Semburan juga boleh dilakukan pada bahagian dalam kasut atau sandal.
Sesetengah orang menggunakan bawang putih segar yang ditumbuk lumat untuk membunuh tinea pedis. Bahagian yang mengalami pembiakan tinea pedis akan berasa pedih buat seketika apabila dipupuk dengan bawang putih lumat ini. Bagi mereka yang sibuk bekerja sepanjang minggu, masa yang paling sesuai untuk memupuk bawang putih segar lumat ialah pada hujung minggu.
Suplemen bawang putih dikatakan memberikan kesan serupa. Jika sukar untuk mendapatkan suplemen bawang putih yang dikapsulkan dalam capsugel halal maka ambillah ¼ camca teh bawang putih kering serbuk. Dos yang sama diambil tiga kali sehari.
Teh daun mambu (Neem) juga dikatakan membantu mencegah pembiakan tinea pedis. Cara menyediakan teh mambu ialah meramas 20 helai daun mambu tua dan direndam dalam air panas selama 10 – 15 minit. Rendam kaki yang mengalami pembiakan tinea pedis sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Minyak Neem yang diperbuat daripada biji pokok mambu juga boleh digunakan dengan menggunakan putik kapas untuk menyapunya pada bahagian yang dijangkiti tinea pedis.Minyak Neem amat beracun dan jangan sekali-kali sesiapa pun cuba memakannya. Ia hanya selamat untuk kegunaan luaran sahaja. Sapu di bahagian kaki atau tangan yang mengalami jangkitan atau pembiakan tinea pedis dua kali sehari.
Kanji jagung
Tabur sedikit serbuk penaik atau kanji jagung organik pada stoking sebelum memakainya. Langkah ini tidak menghilangkan rasa gatal namun ia dapat membantu menyerap lembapan dan menghindari bau yang tidak menyenangkan hasil pembiakan tinea pedis.
Minyak kelapa dara dan minyak bijan perahan sejuk (cold pressed, dibeli di kedai makanan organic) merupakan minyak-minyak yang memiliki sifat anti-kulat. Sapukan salah satu minyak tersebut secara terus pada bahagian kaki yang mengalami pembiakan tinea pedis.
Perak koloid (colloidal silver) larutan merupakan bahan berkuasa yang biasa digunakan terutama di negara barat sebagai bahan alternatif untuk merawat kaki atlet. Sapu atau semburkan perak koloid pada bahagian kaki yang mengalami pembiakan tinea pedis dan biarkan ia kering. Langkah ini juga boleh dilakukan sebelum tidur waktu malam.
Bagaimana dengan halia? Halia merupakan bahan anti-kulat semula jadi. Tumbuk satu rimpang halia sepanjang ibu jari separuh lumat dan campurkan dengan seliter air panas.
Selepas larutan suam, rendam kaki ke dalamnya selama 10 – 15 minit. Tambahan ½ camca serbuk kapur barus dan 3 sudu garam gunung Himalaya ke dalam larutan dipercayai memberi kesan yang lebih baik. Selain halia, lengkuas juga boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan halia.
DR. BAHRAIN SAMAH, MD (AM ), RH (AHG )