Berdasarkan cerita yang didengar daripada golongan yang taksub memiliki batu geliga lipan, kelebihan butiran berwarna merah coklat ini sangat menakjubkan.
Mempunyai keupayaan tembus pandang, sesetengah pemiliknya dikatakan berupaya mengetahui dan melihat sesuatu yang terselindung, contohnya angka yang tersembunyi di belakang daun terup.
Kebanyakan pemburu geliga ini sanggup mengeluarkan jutaan ringgit hanya kerana mahu berjudi.
Malah ramai juga percaya mereka bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda jika ia dibawa ke kasino di Genting Highlands.
“Menurut telahan saya, geliga ini bukan tembus pandang tetapi pemiliknya dapat mengetahui perkara tersembunyi itu melalui ‘khadam’ yang menjaga geliga lipan tersebut.
“Pemilik dikatakan dapat mendengar bisikan di telinga yang memberitahu perkara yang tersembunyi walaupun tidak melihatnya secara terus.
“Namun, tidak dinafikan ada yang terlalu taksub dengan geliga ini hingga sanggup mengadakan ritual yang tidak sepatutnya hanya kerana mahu cepat kaya.
Penawar bisa
“Bahkan ada yang menjadikan makhluk ghaib sebagai khadam kepada geliga ini,” ujar pengumpul aktif barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39.
Jelas beliau, pemilik yang terlalu taksub dengan batu geliga yang didakwa terhasil daripada pengerasan air liur seekor raja lipan itu percaya ia boleh menarik duit dan harta jika mengamalkan ritual khusus untuk tujuan tersebut.
Wujud juga teori yang mengatakan geliga lipan bukan sekadar untuk perubatan atau tembus pandang bahkan ia juga membawa tuah seperti murah rezeki
“Sesetengah orang mengatakan pemakaian geliga tersebut boleh membuat seseorang itu kebal dan halimunan.
“Cara ini digunakan individu untuk menarik duit atau harta. Namun, geliga untuk tujuan ini sangat jarang ditemui dan sukar mendapatkannya.
“Dari sudut perubatan, geliga ini dipercayai berguna sebagai penawar bisa.
“Dengan khasiatnya yang boleh menyerap bisa tidak kira bisa binatang mahupun bisul, geliga ini hanya perlu diletakkan pada bahagian yang sakit, Insya-Allah bisa akan menyurut dan hilang,” ujar Azman.
Tergolong sebagai sejenis serangga berbisa yang mempunyai banyak kaki, ada cerita rakyat menyebut ‘sehingga naga pun turut takut akan serangga kecil’ ini kerana kepantasan dan bisanya.
“Ada empat jenis geliga lipan, iaitu yang terdapat di kepala lipan dan dinamakan mahkota, di dalam perut, terdapat di antara sengatnya dan yang terakhir dan dikira paling berharga ialah yang terdapat di dalam mulutnya.
“Ia dikatakan dapat memancarkan cahaya di dalam gelap.
“Geliga yang berada di dalam mulut lipan biasanya ditemui pada lipan yang mati beragan atau mati tua.
“Mistiknya, walaupun haiwan tersebut mati dan kering, geliga ini sangat sukar untuk diambil daripada mulutnya.
“Jika pengambilan secara paksa, geliga tersebut tidak akan memiliki kelebihan, tak ubah seperti butiran manik sahaja.
“Untuk mengambilnya pula, satu ritual khas perlu dilakukan di mana ia disertai dengan zikir dan sehelai kain merah ditadah untuk menyambut geliga tersebut.
“Ritual ini dikatakan mampu menyerap khasiat raja lipan ke dalam geliga,” jelasnya.
Dijual mahal
Tambah Azman, keaslian geliga yang mampu mencecah harga RM10 juta sebutir ini dapat diuji dengan cara memegangnya.
“Untuk mengetahui keasliannya sama ada ia hidup atau mati, cara memegang yang betul dapat menentukannya.
“Jika merasai getaran atau gigitan, itu jelas menunjukkan ia geliga asli.
“Namun, ujian ketepatan yang paling baik ialah apabila terasa lipan merayap di tangan,” kata Azman sambil menambah, warna paling lazim geliga lipan ialah merah. Selain itu ada juga yang berwarna biru, hijau dan kuning.
Menurut beliau lagi, harga geliga ini sepatutnya tidak mencecah jutaan ringgit, malah jauh lebih rendah.
Namun, apabila wujud broker atau orang tengah, harga yang dikenakan kadang-kadang tidak masuk akal.
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
34 Komen:
cuba saudari tgk btl2 geliga lipan tu...dia bikan didalam mulut btl2....sy boleh tunjukan yang asli bagaimana bentuknya.....kalau kebal sy tak nafikan mmg ia.....0178751913
barang mcm nie bukan boleh untuk dibuat main judi....ada pantang larang dia dan tak boleh di letak kan bersama dengan beras akan menyebabkan barang itu mati......buktikan keindahannya bukan hanya dengar cakap orang sahaja.....barang mcm nie bukan bleh main jual beli mcm tu jer.....mampu ker orang nak beli berjuta ringgit dengan hanya test rasa getaran nya sahaja?hanya orang yang mempunyai barang kebal contohnya batu delima asli yang mempunyai khodam yang bleh tahu keasliannya dan tidak sesekali boleh pindah milik,setakat tgk jer sape2 pun bleh. buktikan.....0178751913
merata sy mcncari btu geliga lipan,batu peter.....mcm na nak dapat.......kalau kena beli x mampu walau 1 juta pon......sy btul2 minat alam mistik....n ada menyimpan barang2 lama......kalau sapa tau mcm na nak cari geliga lipan konsi bsama ye.
Salam, nama saya Anzar Abu dari Kedah nak berkongsi kisah tentang Geliga Lipan yang arwah datuk saya ke atas nama saya, pesannya geliga tersebut amat berguna sekali untuk menghindarkan serangga dan binatang berbisa, selain pd itu pesan arwah datuk, satu hari nnt saya(pemilik) bkl didatangi mimpi berkaitan geliga tersebut, setelah itu barulah firasat2 kita selalunya akan menjadi kenyataan, bagaimanapun arwah datuk menegaskan supaya tidak menggunakan untuk sesuatu yang haram dari sisi agama, sebaliknya gunakanlah untuk kebaikan...0124359023
kita sendiri tidak dapat menilai kalau kita hanya mendapat, saya juga punyai pengalaman yang sama. cuma saya dapat batu geliga embun, ramai yang cakap macam2 pasal geliga embun, kerana tak berpuas hati akhirnya abg saya memperkenalkan seseorang kepada saya. dari situ lah saya dapat tahu kebenarannya dan dapat merasai auranya. tidak cukup kalau dengar cakap orang. setiap batu geliga ada khadamnya, salah cara salahlah jadinya, kepada semua pemilik batu geliga berhati2 jika anda mempunyai batu geliga, seseorang yang khasyaf dapat melihat apa yang kita tidak dapat lihat, silap haribulan kena pukau barang kena kebas, berhati2 dengan itu, perkara ini pernah berlaku terhadap sepupu saya sendiri
bkn ke semua tu da trpesong dr ajaran agama islam? manusia lg taksub batu geliga tu berbanding Allah.. minta pertolongan dari khadam yg jaga geliga tu x salah ke? kte spatut nya minta tolong kat Allah yang satu..
salam..
camne kita nk tahu batu tu geliga atau bkn?
semua tu hanya cerita donggeng. saya ada benda tu dan tidak pernah saya lihat apa yang ia tunjukkan. harganya sebernanya tidak mahal, agaknya dalam dua ratus ringgit sahaja (geliga yang kualiti baik), ia hanya boleh digunakan selepas dimasukkan power oleh bomoh yang mahir tentang ni.
semenjak sy mengandungkan ank sulong sy pernah d dtangi mimpi khadrian lipan dlm rumah sy, keesokannya suami sy menjumpai geliga lipan di dapur kami.. dan byk kali kami temui, yg terbaru sy menjumpai d rumah baru kami, ada 3 biji tp 1 biji sy tervakum ktika mengemas rumah.. sy ambil 2 biji yg tggal dan simpan.. warna asal ktika sy temui bwarna putih jernih tp skrg tlah bertukar warna menjadi putih keruh dan apabila d letak d tapak tgan akan klihatan warna coklat keemasan kuar dr geliga itu. sy x thu mcmn nk mjaga dan kgunaannya.. selang smggu sy menjumpai geliga tu, lipan bersaiz jari kelinkin juar dr bawah sofa kami dan menuju ke arah anak sy.. sy yg ktakutan bawa lari anak tp lipan tu patah blik kearah sy.. sy halau lipan tu kluar tanpa membunuhnya.. apa patut sy buat ngn geliga tu? mcmn sy nk thu ksahihannya?
saya rasa nak jew butat saya nak jadi kaya.......
saya ingin bertnya apa kegunaan tanduk rusa yg pandai memanjng. sbb rumh sya ada stu tanduk rusa mcm tu. dlu dia msa sya bru lekatkan dekat dinding. hujung dia kira2 4 inchi mao smpai siling. skrng sikit lg mahu smpai ke siling. apa kegunaan tnduk tersbut?
saya punya mustika lipan kalau serius mau memaharkan tolong di email harga maharnya ke
dodiedengkeng@gmail.com
maaf foto tidak bisa saya berikan
bisa datang liat langsung ketempat saya klo betul serius
Ada siapapun yang boleh bantu saya?
Saya ada geliga ini tapi tak tahu gunakan ia.
ini semue p0y0
aku ada bat lesong.. lagi power dari geliga lipan tu.. batu les0ng . .baling kat kepale korang teros mati... hahahahahah...
thnx sbb berkongsi informasi tntng batu geliga..sume tu kekuasaan Allah..hti2 dgn stiap informasi yg dikongsikn supaya tidak mwujudkn spekulasi yg buruk dn rosak aqidah diantara kita(umat islam)..lbih baik kite bersedekah dr mnggunakn duit ke jln yg xthu hasilnya..
assalamualaikum... Sya mempunyai dua bigi geliga lipan asli yg masih ada bekas gigitanya cuma sya blem test lagi khadamnya,kepada yg pakar tolong bantu sya 0198566091
yang den tahu skrg ni banyak batu api, btl2 kebal... kebal undang2... hehe
saya ada batu petir watna kuning besi ,bentuk kapak kecil tidak berlubang ...tlg apa manpaat dari batu petir tersebut... H.DEDY NTB.INDONESIA. 087863652119
Wa'salam sila hubungi saya
0163375724
kalau nak tahu tentang batu yang semua orang miliki ada power tau x..cuba try ni...solat taubat solat tahjud dan jgk solat istiqarah...slps tu zikir 1,100.11kali..ALLAH HU ALLAH...INSYAALLAH ANDA TEMUI JAWAPANNYA..
CUBA ZKIR DAN BUAT SOLAT TAUBAT N SOLAT ISTIQARAH ANDA TEMUI JAWAPN NYA
Sya ada batu geliga lipan,tp sya bukan org muslim utk beri zikir.mcm mana sya mau tau keberkesanan ny dan apq cara ny??
Nak percaya atau x itu terpulang... hanya pemilik geliga jer yg tahu keistimewaannya... naak test x susah.. tgk you tube sudah... yg dah ada geliga tu.. simpan baik2.. ada byk kelebihannya.. jika diizinkan Allah swt...
saya ada sepasang geliga lipan bara untuk dimaharkan. keupayaan kebal darurat, pemanis diri, boleh tembus pandang, dan rezeki. boleh hubungi saya jika berminat. 0133942900. t.kasih.
mustika lipan masih dimulut, yang berani dan berkehendak sila call atau wassap 0124571453 area penang....kalau nk main2 jangan cuba ...
Saya ada sebutir.. warna kuning keemasan jernih.. bla ditelapak tgn mnjadi sedikit gelap.. mereka berkata ianta geliga lipan... agak pelik bg sy dan mereka y mendengar kerana geliga tersebut keluar dr MULUT SAYA.. KEluar dr mult pada hari khamis 12/6/14 selepas asar.. beleh ke ianya datg dr mnusia??? Boleh sms sy di 0107624463. Terima kasih
Satu ketika dahulu saya tak percaya dgn benda2 pelik ni.. Setelah sy berkahwin pd th 2007. Bapa mertua saya tunjukkan kesemua barang2 yg ada dlm simpanannya memang banyak... Kesemua brg2 itu di amanahkan kepadanya oleh org yg dia tidak kenali... Sy dapat merasa energi apabila memegang barang2 tersebut.. Rasanya seperti terkena karan atau semut2 bermula dari tapak tangan hinggalah naik laju ke pangkal lengan.. . Pernah juga brg2nya digunakan utk tarik duit... Tetapi sekali sahaja berjaya.. Ini di akui sendiri oleh ibu mertua dan adik beradik isteri saya waktu mereka kecil dahulu.. Tetapi sekarang ni ramai tok guru yg baru dtg kerumah kerana nak mencuba ilmunya...akibatnya banyak brg yg kena dipulihkan semula... Ada juga yg datang semata2 nak merampas atau mencuri brgan tersebut.. Dan ada juga kerabat raja dari negara jiran menawarkan berjuta2 dollar kerana ingin memilikinya.. Tetapi disebabkan telah menerima amanah org, beliau tak berani lah menjualnya... Klu ikutkan saya, jual aje lah pak.. 7 keturunan kita senang.. Tak payah kerja..!!! Tapi kalu ada guru2 yg memang mahir dan benar... Marilah dtg...tak payah test2 terus buat je tapi apa2 pun klu nak dtg bergantung dgn mood bapa mertua sy juga..mula2 beria2 nak buat.. Tiba2 aje cancle pula.. Adalah yg tak kena tu... Klu memang betul2 guru.. Dari jauh pun dia bisa mewujudkan... Sy tahu ada guru yg tak mahu menonjolkan diri.. Tapi klu ada rasa kasihan pada bapa kami.. Tlglah tunaikan hasratnya... Tak payah ramai2 cukuplah one by one sahaja.. .. 0199138175
sy punya satu warnah putih sy tdk tau fungsinya untuk apa wslm..
sy punya satu warna putih
Buntat lipan kecik je.Bentuk lonjong.Besar sikit dari beras warna putih.Dalam gelap ada cahaya sikit.Kalu besar ada macam2 warna pulak, itu batu cari makan. Salam ye.
Cara nak jaga geliga lipan,ianya nak di warisi mcm mana caranya
mana nak cari geliga ni??
[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]
Catat Ulasan