Home » » Penduduk Malaysia paling gemuk di Asia - Kajian The Lancet

Penduduk Malaysia paling gemuk di Asia - Kajian The Lancet

Penduduk Malaysia paling gemuk di Asia

Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia, kata Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Zakri berkata, menurut dapatan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet, 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti.

"Ini suatu masalah yang sangat besar kerana ia membawa impilikasi penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain dan oleh itu, perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Menurut hasil kajian terbaru yang disiarkan jurnal perbuatan itu bulan lepas, Malaysia diletakkan sebagai 'heavyweight' kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus). - BERNAMA



 
Chatroom