Home » » Panduan Tip Memilih Institusi Pengajian Sesuai

Panduan Tip Memilih Institusi Pengajian Sesuai

Panduan Tip Memilih Institusi Pengajian Sesuai

Untuk anda yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading, perlu buat penelitian terlebih dulu bagi memastikan kolej dimasuki mempunyai sistem pengajian dijanjikan. Gen Y ingin berkongsi sedikit panduan bersama anda.

1. Pilih kursus -Sebelum membuat penelitian, apa kata fikir dulu kursus yang diminati. Jika sudah membuat keputusan, cari sebanyak mungkin kolej yang menawarkan kursus dipilih. Fikirkan kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan anda.

2. Pilih institusi berkaitan -Perlu ingat bahawa setiap institusi mempunyai undang-undang dan terma yang berlainan disebabkan faktor sistem dan pengurusan.

Anda perlu memastikan institusi itu mempunyai sistem pembelajaran yang berkesan. Contohnya, reputasi dan kemudahan institusi perlu diutamakan untuk keselesaan dan bagi mengelakkan anda membuat keputusan yang salah.



3. Adakan lawatan -Jika sudah memilih institusi yang sesuai, apa kata kali ini untuk adakan lawatan ke setiap kolej yang dipilih. Cara ini boleh membuatkan anda mengenal pasti suasana dan sistem pembelajaran kolej itu sama ada ia cekap atau sebaliknya. Kebiasaannya, institusi yang sudah lama bertapak mempunyai potensi yang tinggi menjadi pilihan terbaik.

4. Dapatkan maklumat -Untuk mengetahui lebih lanjut akan institusi itu, apa kata latih diri untuk bertanyakan soalan kepada pelajar kolej yang ditemui. Tanyakan soalan seperti pengalaman, gaya hidup dan sistem pembelajaran di tempat itu. Dengan ini anda boleh tahu bahawa tempat itu sesuai untuk anda ataupun sebaliknya.



 
Chatroom