Bakar kalori maksimum sepanjang Ramadan
Ramai mengambil peluang mengehadkan aktiviti bersenam sepanjang Ramadan kerana dikhuatiri membahayakan kesihatan. Namun sebenarnya bersenam ketika berpuasa mampu memaksimumkan pembakaran kalori kerana secara semula jadi karbohidrat akan berkurangan dan secara tidak langsung kalori lemak akan digunakan sebagai tenaga.
Selain berjoging perlahan atau melakukan senaman kardio di gimnasium, seharusnya individu mengenali keupayaan diri terlebih dulu. Ini kerana setiap orang memiliki tahap berbeza bergantung pada ketahanan badan.
Ada yang mampu bersenam dalam tempoh lama, ada juga langsung tidak boleh melakukan siri pergerakan walaupun ringkas dan mudah.
Satu perkara biasa mereka yang bersenam berasa pening atau ingin pitam. Jika ini berlaku seharusnya anda berhenti bersenam serta-merta dan berehat sepenuhnya.
Menurut jurulatih kecergasan Fitness Studio Setia Avenue Rezza Azim Zahari, mereka yang ingin bersenam ketika berpuasa harus-lah memilih senaman ringan yang tidak banyak mengeluarkan peluh.
Namun begitu jika masih mahu melakukan senaman kardio, pastikan anda berbuka dengan kurma atau segelas air kemudian selepas bersenam anda boleh menyambung kembali dengan mengambil makanan berat.
"Ini bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi yang teruk disebabkan pengeluaran peluh. Apa yang boleh dilakukan adalah berbuka dengan tiga biji kurma dan segelas air diikuti senaman ringan," katanya.
Rezza menjelaskan, bagi yang tidak mahu melakukan senaman kardio mereka boleh bersenam menggunakan bola senaman sama ada di rumah atau gimnasium. Mereka boleh melakukannya selama 15 minit sebelum waktu berbuka atau 30 minit selepas waktu berbuka.
Namun begitu sama seperti hari biasa, senaman harus dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dalam masa dua hingga tiga minit. Ini bagi mengelakkan kecederaan dan amat penting untuk setiap senaman.
"Anda boleh melakukan tekan tubi menggunakan bola senaman. Lakukan posisi tekan tubi tapi letakkan bola senaman pada bahagian lutut dan stabilkan badan anda. Buat tekan tubi sebanyak 15 hingga 20 kali dalam satu set saja.
"Seterusnya, anda boleh melakukan senaman side squat menggunakan bola senaman. Caranya, berdiri sambil memegang bola senaman di hadapan badan. Kemudian perlahan-lahan cangkung sedikit dan tahan posisi ini selama beberapa saat," katanya.
Senaman menggunakan bola bagus untuk kesihatan dan dapat menyingkirkan lemak pada bahagian tertentu. Antaranya paha, perut, kaki dan mengurangkan masalah sakit belakang. Ia tidak tertumpu kepada kardiovaskular sebaliknya memberi tumpuan kepada otot badan.
"Misalnya mereka yang ingin mengempiskan perut harus melakukannya secara konsisten. Caranya dengan meletakkan bola di lantai manakala kaki di atas bola. Letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada. Lakukan selama dua minit," ujarnya.
Selain bersenam, individu digalakkan mengambil makanan sihat ketika berbuka dan bersahur dengan memastikan semua keperluan dalam gizi makanan seimbang.
Pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana ia akan membuatkan anda letih dan tidak dapat bersenam selepas berbuka puasa.
"Paling penting minum banyak air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih sehari bagi memastikan tubuh tidak mengalami dehidrasi," katanya.
Majalah Metro