Home » » Punca Wajah Wanita Nampak Tua Sebelum Usia

Punca Wajah Wanita Nampak Tua Sebelum Usia

Punca Wajah Wanita Nampak Tua Sebelum Usia

Kenapa muka wanita nampak tua

Sebenarnya golongan wanita telah bersedia dan merancang persiapan untuk menghadapi saat ini, sehubungan itu tidak hairanlah belum pun usia 30 tahun, masing-masing sudah sibuk cari jalan untuk tidak nampak tua

Wajah kelihatan tua sebelum usia, kulit berkedut, badan gempal, rambut gugur, wajah kerepot adalah bayangan yang menyeramkan bagi golongan wanita tetapi disebalik keghairahan golongan ini cuba menggelak daripada fenomena yang pasti akan berlaku juga di masa hadapan, tanpa mereka sedar tabiat mereka adalah penyumbang kearah perkara yang tidak diingini itu

Berikut adalah beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh wanita di Malaysia antara penyumbang wajah mereka kelihatan tua sebelum usia

SUKA TIDUR DENGAN MEKAP

Keterujaan kelihatan cantik disebalik pemakaian mekap tambahan pula kecantikan itu mendapat pujian ramai, ada yang sanggup tidak mencuci mekap dan membiarkan sampai tertidur

Kesannya akan membuatkan wajah tampak kusam dan kering dengan mekap. Wajah kusam dan kering adalah faktor yang akan membuat wajah kelihatan tua

Sehabis malas pun, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada membiarkan wajah cantik yang mendapat pujian itu dengan kotoran mekap

KERAP SANGAT CUCI MUKA DALAM SEHARI

Ramai yang beranggapan setiap kali ada masalah kulit pasti kena cuci muka, tambahan pula rasa geram timbul dengan melihat keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari

Tahukah? kesan ini akan membuatkan lebih pengelupasan mampu merengsa kulit dan turut membuat liang menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap

SUKA IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT

Tahukah, dengan mengikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. Masalah rambut juga penyumbang wajah kelihatan tua

TAHU MAKAN APA SAJA

Kurangkan makan makanan yang bewarna terang atau berjiwa garang seperti buah tomato, daging lembu dan daging ayam

Banyakkan makan makanan yang ada jiwa yang lembut seperti sayuran hijau dan daging ikan. Memakan makanan yang ada jiwa yang lembut akan meningkatkan lagi seri wajah

SUKA MENGUMPAT, BUKA AIB ORANG DAN MARAH

Ini adalah sikap yang negatif iaitu cepat marah, suka mengumpat, suka mengata, suka bercakap sesuatu yang sia – sia dan suka membazir. Seri pada wajah yang dikurniakanNya itu akan ditarik balik



 
Chatroom