Tip Melancong: Semak pakej pelancongan dilanggan
Ramai antara kita mudah bersikap 'lepas tangan' apabila melanggan pakej percutian ke luar negara menerusi agensi pelancongan.
Sangka yang membeli, istilah 'pakej' itu sudah menggambarkan bahawa semua urusan pergi-balik, penginapan, makan dan perjalanan di negara orang diuruskan sepenuhnya pihak agensi.
Namun, ada juga segelintir agensi yang suka mengaut untung dengan menyembunyikan kos serta banyak perkara penting menerusi tawaran pakej.
Ikuti beberapa panduan memilih pakej pelancongan untuk keselesaan anda pada masa akan datang.
-Teliti waktu penerbangan
Sesetengah pakej memang nampak murah, tetapi waktu penerbangan berlepas adalah petang dan dijangka tiba ke destinasi sebelah malam.
Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin 'hilang satu hari' kerana kesuntukan masa dan kepenatan.
Ada sesetengah pakej menunjukkan perbezaan harga (lebih mahal sedikit), namun waktu penerbangannya pada awal pagi dan sampai sebelum tengah hari. Jadi, anda masih sempat untuk ronda-ronda bersama keluarga!
-Semak pakej
Ada baiknya anda mencuri sedikit masa untuk meneliti apa sebenarnya yang ditawarkan pihak agensi dalam pakej percutian mereka.
Sebagai ingatan, jangan mudah tertarik dengan atur caranya saja, sebaliknya lihat apa yang terkandung dalam pakej dan apa yang tidak ada.
Selalunya bab ini ditulis pada akhir muka surat dengan saiz tulisan yang kecil. Jadi, berhati-hatilah supaya anda tidak mudah terpedaya!
-Lihat atur cara
Bahagian ini juga penting untuk dicongak. Cuba buat sedikit kira-kira dengan membandingkan tempat lawatan, waktu yang diperuntukkan untuk membeli-belah dan masa untuk acara bebas.
Jangan nanti anda merungut kerana terlepas pandang gandaan catatan acara bebas pada kertas atur cara.
-Buat carian Internet mengenai hotel
Pasti ada di luar sana yang pernah kecewa kerana rupa hotel dijanjikan agensi pelancongan tidak sebaik mana, malah lebih rendah tarafnya berbanding rumah tumpangan.
Anda perlu bijak menangani isu ini. Tanya pihak agensi mengenai taraf hotel yang disediakan sama ada dua bintang, tiga, bajet, standard atau bisnes.
Tanyakan juga nama hotel untuk memudahkan anda merujuk keadaan sebenar bilik yang bakal anda huni.
-Jadual makan
Ini penting untuk anda semak betul-betul. Rujuk agensi untuk tahu kekerapan sajian disediakan sepanjang di negara orang.
Selalunya, pihak agensi hanya menyediakan sarapan pagi (di hotel), makan tengah hari dan makan malam di lokasi terpilih.
Namun, ada juga pakej yang murah dan jadual makannya dikurangkan tetapi tidak ditulis secara jelas dalam atur cara.
Jangan lupa untuk mengesahkan status halal bagi hidangan atau restoran yang dipilih pihak agensi.
Biasanya pakej Muslim tidak menghadapi masalah makanan halal dan mereka lebih prihatin.
-Kos tersembunyi
Masalah ini sering menjadi bahan rungutan pelanggan pakej pelancongan. Hakikatnya, majoriti kita selalu terlepas pandang mengenai cukai lapangan terbang, caj bagasi, tip, visa, bayaran masuk (ruang lawatan) dan makanan (sekiranya jadual makan tidak lengkap).
Jadi, bersedialah dengan duit poket lebih untuk tujuan kecemasan. Anda harus sentiasa menjangkakan kos tersembunyi!
~ Harian Metro