Home » » Senaman ringkas di rumah

Senaman ringkas di rumah

Oleh Rohaniza Idris

Ketekunan, keazaman serta disiplin penting jika mahu dapatkan bentuk tubuh menarik

SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya.

Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal.

Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut.

Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras.

“Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.

“Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin perlu ada jika tidak usaha mendapatkan bentuk asal tubuh tidak akan berjaya.

“Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplinnya tidak diikuti, hasilnya akan mengecewakan dan menyebabkan wanita terus malas bersenam,” katanya.

Beliau berkata, ada ramai wanita yang mendapatkan tip senaman daripada pelbagai media tetapi mereka tidak mengikut peraturan dan langkah yang di buat.

“Misalnya, untuk membuat tekan tubi (push up), kita beri arahan supaya tangan di bengkokkan dan kepala turun selari dengan tapak tangan, tetapi mereka yang bersenam membuat sebaliknya, mereka bengkokkan tangan tetapi kepala diturunkan tidak selari dengan tapak tangan menyebabkan mereka terpaksa kerja kuat untuk buat senaman itu.

“Apabila itu terjadi, mereka menyatakan senaman berkenaan susah dan enggan meneruskannya. Ini menyebabkan ramai yang bersenam sekerat jalan dan usaha menurunkan berat badan atau mendapat bentuk punggung dan perut ke bentuk asal sukar dicapai,” katanya.

Beliau menjelaskan mengikut arahan yang betul bukan hanya menyebabkan hasil yang diingini tercapai tetapi turut mengurangkan kecederaan ketika bersenam.

Tip Senaman

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk.

Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Antara gerakan senaman itu ialah:

1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.

2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.

3. Gunakan alat senaman pemberat dumbbell - simpan sepasang di pejabat atau laci di dapur. Sementara menunggu faks atau kertas dicetak atau jika di rumah ketika anda menunggu sup masak, anda boleh lakukan senaman ringkas menggunakan dumbbell. Senaman ringkas ini sesuai untuk menguatkan otot tangan dan membuang lemak di lengan.



10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya nak tahu peraturan semasa sukan. mane nak cari?

Tanpa Nama berkata...

ada tak cara yang betul utk melakukan senaman menggunakan dumbbel? kalau boleh disertakan dengan gambar.

Tanpa Nama berkata...

saya ni jenis malas nak bersenam..ada tak cara yang senang untuk tetap sihat..fyi,,saya bukan gemuk just takut nanti tua dapat penyakit yang berbahaya..btw..my name is nyu2(gelaran smata2).. =)

Tanpa Nama berkata...

ada lagi x tip bersenam

Tanpa Nama berkata...

saya nak terai senaman menari di dalam umah..

Tanpa Nama berkata...

ada tips bersenam tanpa guna apa - apa peralatan
.......

Tanpa Nama berkata...


Kalau nk joging pagi2, sarapan dulu ke, joging dgn perut kosong..katanya kalo joging dgn perut kosong bahaya, perut keluarkn asid

Tanpa Nama berkata...

cara lain untuk mengurang punggung

Tanpa Nama berkata...

x de cara lain ke

Fatimah Bt Tony berkata...

perkongsian yang sangat menarik. Saya juga ada berkongsi tip kurus tanpa perlu keluar wang di sini. http://bit.ly/tipcantikdanlangsing

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom