Home » » Petua keselamatan jalan raya

Petua keselamatan jalan raya

Petua keselamatan jalan raya

# Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

# Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

# Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

# Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

# Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

# Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

# Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan saja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

# Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

# Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.

Kompaun maksimum RM300 tanpa rayuan bagi enam kesalahan utama

# Melebihi had laju

# Memotong barisan

# Tidak mematuhi lampu isyarat

# Menggunakan lorong kecemasan

# Memotong di garisan berkembar

# Memandu secara berbahaya.

Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat - Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat.



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

grrrrrrrrrrrrrrrrr :I

Tanpa Nama berkata...

bagus :)

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom