LONDON: Kegemilangan kerjaya model terkenal, Kate Moss, mencapai tahap terbaru apabila diabadikan sebagai arca potret yang dihasil menggunakan emas padu.
Arca ukiran bernilai £1.5 juta (RM9.2 juta) dan digelar 'Siren' itu hampir menyamai saiz jasadnya yang sebenar dan menunjukkan model berusia 34 tahun itu berada dalam posisi mempraktikkan yoga.
Arca seberat 50 kilogram itu menjadi tugu emas terbesar pernah dihasilkan sejak zaman Mesir Purba.
Ia dipamerkan bersama tugu kecantikan Greek Purba dalam pameran arca bertajuk 'Penggoda Pada Era Kini' di Muzium British di London.
Pengukir arca model itu adalah Marc Quinn yang terkenal menerusi karyanya, 'Alison Lapper Pregnant' yang menggambarkan wanita tanpa tangan dan dipamerkan di Dataran Trafalgar sehingga tahun lalu.
"Saya fikir perkara terbaru untuk dilakukan adalah menghasilkan arca manusia yang memiliki kecantikan unggul ketika ini tetapi Kate Moss juga tidak sesuai untuk imej itu.
"Bagi Kate, dia fikir imejnya mencapai tahap mitos. Saya fikir dia menyukainya kerana dia faham perbezaan antara imej dan dirinya sendiri," kata Quinn.
Quinn menjangka nilai arca itu akan menjangkau £10 juta (RM61.33 juta) apabila ia dijual selepas selesai dipamerkan di muzium itu.
Pameran itu dibuka hari ini sehingga 25 Januari depan. Antara arca lain termasuk Cornucopia iaitu arca 200 tengkorak yang direka khas dan dipasang di dinding oleh artis kontroversi Damien Hirst, 43 tahun.
Koordinator koleksi moden Muzium British, Philip Attwood, berkata mungkin disebabkan muzium itu sering diraikan sebagai muzium antik, ramai tidak mengetahui bahawa terdapat koleksi mereka yang terdiri daripada hasil karya kontemporari dari serata dunia. - Agensi
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan