Home » » Senario: Misteri BamBoo, drama komedi terbaru Senario

Senario: Misteri BamBoo, drama komedi terbaru Senario

Kumpulan pelawak Senario yang dianggotai Azlee Jaafar, Wahid dan Mazlan Pet Pet bergabung semula dalam drama komedi terbaru Senario: Misteri BamBoo.

Drama bersiri  Senario: Misteri BamBoo sebanyak 13 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Selasa pukul 10 malam di TV3.

Drama Senario: Misteri BamBoo  ini turut menampilkan pelawak-pelawak undangan seperti Saiful Apek, Yassin, Ebby Yus, Ayu Raudhah, Sharifah Shahira, Acong Sweetchild, Bell Ngasri dan Kazaar.

Senario: Misteri BamBoo Sinopsis
Senario: Misteri BamBoo mengisahkan tentang Wak Dol (Azlee), Salih (Mazlan) dan Kassim (Wahid) yang cuba menyelesaikan kes pencurian yang sering berlaku di Kampung Buluh.

Wak Dol ialah seorang bomoh yang sentiasa berfikiran kolot manakala Kassim pula seorang tauke warung yang sudah kematian isteri.

Salih pula ialah seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang kerani yang agak penakut dan mempunyai seorang kekasih bernama Mimi (Ayu Raudah).

Kampung Buluh yang sentiasa aman digemparkan dengan kes-kes pencurian yang kerap berlaku.


Puas penduduk-penduduk kampung cuba menangkap pencuri-pencuri tersebut tetapi malangnya semua usaha mereka gagal.

Wak Dol kemudiannya membaca jampi dan memberitahu penduduk kampung bahawa pencuri-pencuri tersebut bukan manusia tetapi toyol.

Saksikan aksi lucu dan gelagat mereka dalam Senario: Misteri BamBoo pada setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.



 
Chatroom