Home » » Sinopsis Durja Ningsun

Sinopsis Durja Ningsun

Sinopsis Durja Ningsun

Durja Ningsun bermula dengan kisah Aria, lakonan Erin Malik, yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus. Sejak berusia 14 tahun, Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang dunia silam Ningsun.


Selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah), Aria sembuh, dan kini sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya, Yasmin yang tidak berapa menyukainya.



Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Tidak lama kemudian, dia mula diganggu namun Aria masih dapat menguatkan semangatnya. Hanya Aliff yang mengetahui apa yang berlaku.


Ibu Aria, Azlin (Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada mempercayai kewujudan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancang satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden, Ustazah Tahirah (Aida Aris). Upacara itu akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk badan Aria.


'Durja Ningsun' ke udara bermula 19 Ogos, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di TV3. Drama 13-episod ini menyaksikan kemunculan Eja di kaca televisyen selepas sekian lama berehat. Arahan Ahmad Idham bersama Ahmad Azizi, drama ini turut memaparkan babak-babak menarik dengan bantuan teknik imej janaan komputer (CGI).





 
Chatroom